Capello: “Messi & Ronaldo Kena Belajar Terima Kekalahan”

Fabio Capello melabel Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang tidak menghadirkan diri ke majlis anugerah FIFA’s The Best, memberi indikasi kedua-dua pemain itu tidak ada atau kurang rasa hormat.

“Ia tanda tiada rasa hormat,” ujar Capello yang pernah bergelar pengendali Real Madrid kepada TVE di Sepanyol. Komen oleh bekas pengurus England itu juga turut disiarkan melalui ESPN.

(Photo by Dan Istitene/Getty Images)

“Sebagai pemain anda harus menghadirkan diri tanpa mengira anda menang atau pun kalah,” tambah beliau lagi.

“Mungkin mereka menang terlampau kerap sebelum ini, dan tidak gemar akan kekalahan.

“Hakikatnya di dalam kehidupan ini, anda harus tahu bagaimana untuk menang dan juga bagaimana untuk menerima kekalahan,” jelas Capello.

FIFA turut tidak ketinggalan mengkritik tindakan kedua-dua pemain yang tidak menghadiri majlis berkenaan.

“Mereka (Messi dan Ronaldo) tidak menyedari bahawa perkara yang terkesan melalui tindakan sedemikian ialah sukan bola sepak, dan diikuti oleh mereka sendiri.”

Bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Sergio Ramos turut mengakui ianya adalah lebih baik jika kedua-dua pemain tersebut boleh menghadirkan diri.

“Cristiano ialah rakan pasukan, sahabat dan pemain yang bagus. Ia tentu lebih baik jika beliau dan Leo [Messi] boleh hadir,” ujar Ramos.

Luka Modrid diumumkan sebagai pemenang The Best bagi kategori pemain terbaik dunia lelaki, selepas membantu Real Madrid menjuarai UEFA Champions League selama tiga musim berturut-turut.

Modric turut menampilkan prestasi cemerlang untuk membantu Croatia layak ke perlawanan akhir Piala Dunia di Rusia, sebelum impian bergelar juara dunia disekat Perancis.

Ronaldo pula telah memenangi anugerah tersebut untuk dua musim berturut-turut sebelum ini, dan bersama dengan Messi mendominasi anugerah berprestij tersebut selama 11 tahun.

Pemain terakhir yang pernah memenangi anugerah oleh FIFA ini selain dari kedua-dua pemain tersebut ialah Kaka pada 2007.

. (Photo by Alexander Hassenstein – FIFA/FIFA via Getty Images)

Messi turut berada di dalam senarai akhir untuk anugerah Puskas untuk gol terbaik. Namun penyerang Liverpool, Mohamed Salah diumumkan pemenang untuk kategori tersebut selepas jaringan beliau menetang Everton.

Messi dan Ronaldo berada di dalam senarai pasukan FIFPro, namun kedua-dua pemain tidak berada di dalam majlis untuk menerima trofi masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN