FIFA BEST: Ketepikan Perseteruan, Lionel Messi Undi Modric Dan Ronaldo

Kapten Argentina dan Barcelona, Lionel Messi ternyata meletakkan perseteruan el clasico jauh-jauh dalam mengundi siapakah pemenang FIFA Best 2018.

Dengan zaman media sosial, kita kadangkala tak terfikir informasi undian seperti ini kita akan dapat dalam sekelip mata.

Tertiris di media sosial tentang siapakah pemain yang diundi oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

2 pemain ini memonopoli Anugera Pemain Terbaik sama ada FIFA BEST mahupun Ballon d’Or selama sedekad.

Lionel Messi mengundi 2 bintang Real Madrid dalam senarai kuota 3 undian beliau. Undian beliau adalah kepada:

1. Luka Modric
2. Kylian Mbappe
3. Cristiano Ronaldo

Luka Modric mejadi pemain yang membantu Croatia menewaskan Argentina 3-0 dalam Piala Dunia yang lalu.

Namun Lionel Messi jelas tidak ada menyimpan perasaan dendam di sebalik semua itu.

Tiada nama pemain Barcelona dalam senarai beliau. Dan Ronaldo diletakkan sebagai pemain dalam undian ke-3. Sedangkan pemain itu adalah pesaing utama beliau dalam Anugerah FIFA BEST.

Mbappe mencipta rekod sebagai pemain remaja pertama tersenarai dalam FIFPRO XI.

Sementara itu, Ronaldo tidak mengundi untuk Messi sentiasa menjadi pencabar utamanya untuk anugerah ini.

Beliau mengundi Raphael Varane, diikuti Modric yang juga merupakan pencabar utama beliau pada malam penentuan.

Dan pilihan ketiga Ronaldo ialah Antoine Griezmann.

Varane juga mengundi Modric, Cristiano Ronaldo dan rakan senegaranya, Antoine Griezmann.

Griezmann yang sebelum ini kecewa kerana tiada dalam senarai finalis telah melabel dirinya setaraf Messi dan Ronaldo.

Beliau tiada dalam senarai FIFPRO XI dan juga 3 finalis teratas FIFA BEST.

Luka Modric memenangi Anugerah FIFA BEST 2018, untuk kategori pemain terbaik lelaki.

Ramai yang memuji sikap Messi. Mereka menganggap Messi sebagai baik hati dan ‘gentleman’.

Messi beraksi cemerlang musim lalu. Namun gagal untuk menjadi 3 finalis teratas anugerah utama FIFA BEST 2018. Namun begitu, beliau berjaya disenaraikan dalam FIFPRO XI sekali lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN