Piala Malaysia 2018: Dollah Akui Sukar Pilih Kesebelasan Terbaik Pahang

Pertembungan suku akhir unifi Piala Malaysia di antara juara Piala FA 2018, Pahang menentang juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini dijangka akan berlangsung dengan sengit untuk memburu tiket ke peringkat separuh akhir.

Malah, pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui sukar untuk memilih kesebelasan terbaik malam ini kerana semua pemainnya menunjukkan komitmen tinggi sepanjang sesi latihan.

“Di sebalik perkembangan positif semua pemain bebas daripada kecederaan dan berada pada prestasi terbaik, saya akui sukar untuk memilih kesebelasan terbaik.

“Ini kerana barisan pemain simpanan juga mempamerkan kesungguhan dan ada antara mereka beraksi cemerlang ketika menang 4-0 dengan Sabah, Isnin lalu.

“Antara pemain yang dilihat berpontensi untuk disenaraikan ialah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Zuhair Aizat Nazri. Tetapi, keputusan muktamad akan diumumkan esok,” katanya kepada Berita Harian.

Patrick Cruz meraikan jaringan gol bersama Dollah Salleh. FOTO: Pahang FA

Walaupun rekod perlawanan Pahang dengan JDT dalam kejohanan kalah mati seperti Piala FA dan Piala Malaysia lebih memihak kepada skuad Tok Gajah, namun Dollah enggan mengambil mudah terhadap cabaran JDT.

Tegasnya, ketiadaaan penyerang import JDT, Fernando Marquez bukanlah satu kelebihan kepada skuad Tok Gajah untuk menang kerana JDT masih mempunyai ramai pemain yang berkualiti.

“JDT masih lagi memiliki penyerang berbisa seperti Safawi Rasid yang akan memberi tekanan di bahagian pertahanan.

“Apa yang perlu diberi perhatian ialah memanfaatkan segala peluang, kerana kami perlu menang dengan bekalan selesa sebelum ke Larkin, 29 september ini.

“Dengan sokongan padu peminat Tok Gajah, kemenangan diharap memihak kepada Pahang untuk mencapai misi ke pentas final,” katanya.

Berdasarkan rekod perlawanan di laman sendiri sepanjang kempen Piala Malaysia, skuad Tok Gajah sekadar seri 1-1 dengan Sabah dan PKNP FC 0-0, malah turut tewas 1-3 kepada Selangor.

Namun, sebaik layak ke suku akhir, anak buah Dollah Salleh berazam menamatkan badi sekali gus mencatat kemenangan selesa sebagai bekalan bagi suku akhir kedua nanti.


Justeru, pemain tengah Nor Azam Azih yang tidak sabar bertemu skuad Harimau Selatan mengharapkan persefahaman dan komitmen tinggi dapat diterjemahkan rakan sepasukan pada aksi timbal balik itu.

“Sudah pasti kami mahu menang ke atas JDT kerana ia peluang terbaik untuk menewaskan lawan.

“Seharusnya kami perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri terutama sokongan padu daripada peminat Tok Gajah yang mahu Pahang kembali menjulang Piala Malaysia musim ini.

“Kami tidak boleh memberi ruang kepada lawan untuk membolosi gawang kerana mereka sudah pasti lebih kental di Larkin biarpun rekod pertemuan pada suku akhir Piala FA musim ini memihak kepada Pahang,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN