UCL 2018/19: Tandukan Matias Vecino Hadiahkan Kemenangan Pada Penampilan Semula Inter Milan

Inter Milan

Dalam satu lagi aksi kumpulan B, Inter Milan yang kali terakhir memenangi perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara pada musim 2008/09 berjaya bangkit pada lewat permainan untuk menundukkan Tottenham Hotspur 2-1 di Giuseppe Meazza.

Aksi pada babak pertama memperlihatkan penguasaan bola jelas dimiliki pasukan pelawat yang dibimbing Mauricio Pochettino itu.

Bagaimanapun, hanya satu percubaan tepat yang berjaya dicipta Spurs. Begitu juga dengan Inter Milan.

Memasuki babak kedua, aksi lebih menarik ditampilkan kedua-dua pasukan dengan aksi berbalas serangan yang disajikan.

Christian Eriksen mengejutkan penyokong tuan rumah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-53.

MILAN, ITALY – SEPTEMBER 18: Erik Lamela of Tottenham Hotspur runs with the ball during the Group B match of the UEFA Champions League between FC Internazionale and Tottenham Hotspur at San Siro Stadium on September 18, 2018 in Milan, Italy. (Photo by Dan Istitene/Getty Images)

Percubaan yang cuba dilakukannya dalam kotak penalti terkena kaki Miranda lalu bola masuk melepasi kawalan Samir Handanovic untuk gol pertama perlawanan.

Tempo permainan pantas dapat disaksikan selepas itu, dengan kedua-dua pasukan begitu bersemangat bagi terus memburu jaringan.

Ketika perlawanan semakin menghampiri penghujung, hantaran lintang dari Kwadwo Asamoah terus mencari Mauro Icardi dan ketua pasukan Inter Milan itu meledakkan sepakan voli cantik dari luar kotak penalti bagi kembali menyamakan kedudukan.

Jaringan yang jelas meningkatkan moral para pemain Inter Milan dan tandukan dari Matias Vecino hasil sepakan penjuru pada masa kecederaan menggamatkan Giuseppe Meazza untuk mengesahkan kemenangan bermakna buat Inter Milan.

Kemenangan itu juga seolah-olah hadiah diatas kembalinya semula Inter Milan dalam saingan berprestij Eropah ini selepas kali terakhir beraksi pada edisi 2011/12.

Penantian yang agak lama buat wakil Itali ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN