AXA KVL M5: Level Up FC Belasah Revo FC 7-0

Biarpun dibarisi pemain yang lebih muda, Level Up FC tidak segan ‘mengajar’ Revo FC erti bola sepak amatur sebenar apabila membelasah 7-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan B saingan AXA KVL M5 di Stadium MPAJ malam semalam.

Level Up menunjukkan dominasi mereka apabila seawal minit 7’ lagi, P. Ramanan hampir-hampir sahaja menjaringkan gol pembukaan daripada situasi 1v1. Mujurlah penjaga gol Revo, Amirul Fahmi cekap menafikan peluang tersebut.

Sepanjang 15 minit pertama, kepincangan garisan defensif tinggi yang dimainkan oleh Revo dan ketiadaan tekanan kepada jentera tengah Level Up menjadi punca utama Level Up mendapat banyak peluang 1v1 untuk menjaringkan gol.

Kira-kira 3 minit selepas percubaan Subhramani, Level Up mendapat 2 lagi peluang 1v1 – yang sekali lagi dinafikan oleh kecemerlangan Amirul Fahmi.

Bagaimanapun nasib baik Revo berakhir pada minit ke-15 apabila P. Ramanan bijak menewaskan perangkap ofsaid Revo. Larian sayap kiri Ramanan itu kemudiannya memberikannya peluang 1v1 menentang Amirul Fahmi sebelum disudahkan dengan ledakan klinikal.

Sejurus selepas Level Up menjaringkan gol, Revo mengemaskan permainan mereka. Hasilnya mereka berjaya juga mencemaskan pertahanan Level Up. Pada minit ke-22, sepakan percuma Nur Aizat Razain mengenai palang gol. Selepas itu, Khairul Asraf mensia-siakan peluang cantik menyamakan kedudukan dengan merembat tinggi selepas pertahanan tengah Level Up, S. Ashvin kehilangan bola.

Pada separuh masa kedua, Level Up memasukkan ayam tambatan mereka, Patrick Asare dalam usaha untuk menambah sengat di jentera serangan. Percaturan tersebut menjadi apabila Asare berkali-kali mendedahkan kelemahan bek kiri Revo, Nur Adham Fazuan yang akhirnya memberi peluang kepada Tan J-Shawn untuk menampan mudah hantaran lintang Asare pada minit 41’.

6 minit kemudian, giliran Joshua Lee pula menjadi penyumbang apabila beliau berjaya menewaskan garisan defensif tinggi Revo sebelum memberi lorongan yang disudahkan mudah oleh penyerang gantian, Juan Badathuruge.

Penyerang Level Up, Juan Badathuruge (kiri) melakukan pressing terhadap pemain Revo FC, Khairul Asraf dalam aksi pembukaan kumpulan B saingan AXA KVL M5.

Ketinggalan 3-0, semangat Revo terus mati. Level Up mendedahkan kelemahan garisan defensif tinggi dan ketiadaan pressing di jentera tengah daripada Revo untuk menambah 4 lagi gol yang disudahkan oleh Aritz Zainal, Matthew Devaraj dan 2 gol daripada Asare.

Jika ini merupakan perlawanan tinju, pengadil sudah pastinya akan memberhentikan perlawanan terlebih awal. Revo FC perlu melakukan pemeriksaan dalaman menjelang perlawanan minggu depan jika mahu mengelak tragedi ‘sembelihan’ ini daripada berulang.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: P. Ramanan (Level Up FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN