Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu Dominic Solanke menjadikan Harry Kane sebagai inspirasi, sambil mahu semua pihak bersabar dengan pembangunan pemain muda England itu.
Sebelum ini pengendali England B-21, Andy Boothroyd melahirkan kebimbangan akan Solanke yang jarang mendapat peluang beraksi sejak berpindah ke Anfield.
Tetapi Klopp mengambil contoh Kane dan juga Jamie Vardy. Kedua-dua pemain turut melalui proses sukar untuk dibangunkan ke tahap tertinggi.
“Saya mashih ingat wajah Harry Kane dan Jamie Vardy duduk di bangku simpanan Leicester. Pada perlawanan itu, kedua-dua pemain tidak memulakan perlawanan, tetapi hari ini mereka telah berjaya melakukannya,” ujar Klopp.
“Saya tidak pasti di mana Harry Kane berada pada usia yang sama. Beliau dipinjamkan ke merata tempat dan juga sukar mendapat minit untuk beraksi.
“Ia sukar sekali untuk penyerang mendapatkan satu tempat, atau satu dari dua posisi. Kami masih sangat yakin segalanya akan baik buat Dom [Solanke,” tambah Klopp.
“Ia bukan situasi yang sempurna sekarang, tetapi ia jelas. Beliau ialah seorang pemain muda, dan pemain muda memerlukan lebih masa di kelab besar.
“Jika anda adalah pemain muda dan beraksi bersama kelab besar, dan gagal menjaringkan gol, ia boleh mengancam karier kerana di dunia ini ramai yang tidak sabar.
“Musim lalu Dom beraksi dengan baik, tetapi saya akui beliau tidak mendapat minit yang secukupnya.
“Tetapi beliau masih muda, dan kami tidak boleh menurunkan beliau lebih kerap selagi beliau belum mencapai tahap sepatutnya.
Liverpool memiliki antara jentera serangan yang digeruni di Eropah, dengan gandingan Mohamed Salah, Roberto Firmino dan juga Saido Mane.
Namun dengan jumlah perlawanan yang banyak, termasuk di dalam saingan eropah, Klopp turut mengharapkan ia akan membuka lebih banyak peluang untuk Solanke beraksi.
“Kami akan berkerja agar beliau mampu mencapai potensi diri,” ujar Klopp yang turut memiliki Daniel Sturridge dalam skuad utama beliau sebagai penyerang.
Enggan peduli kritikan pihak luar bagaimana beliau mengendalikan pemain muda di Anfield, Klopp tetap berpendapat Dominic Solanke adalah pemain muda hebat yang berbakat besar.