Tim Howard Beli Kelab Bola Sepak dari London?

Siapa tidak mengenali Tim Howard? Antara pemain dari Amerika Syarikat yang berjaya dan dikenali di Liga Perdana Inggeris.

Beliau pernah menjadi pemain Manchester United dan Everton. Kini beliau bersama salah satu kelab dalam Major League Soccer, Colorado Rapids.

London?

Laman MLS melaporkan bahawa beliau menyertai sebuah konsortium untuk membeli sebuah kelab bola sepak dari London. Kita sudah tahu London menempatkan berbelas-belas kelab profesional yang bermain dalam liga Inggeris.

Kelab yang terpilih ialah Dagenham & Redbridge. Kelab itu kini bermain di English National League (Divisyen 5).

Konsortium itu dinamakan Victoria Road Football. Konsortium itu telah pun mempunyai sebuah kelab bola sepak iaitu Memphis 901 yang beraksi dalam United Soccer League di Amerika Syarikat.

Konsortium itu cuba mendapatkan Dagenham & Redbridge ini apabila kelab itu meraih dana untuk terus beroperasi pada pertengahan tahun ini. Kelab itu terpaksa melakukan sedemikian setelah perletakan jawatan mengejut pengarah kelab.

Pengarah kelab tersebut, Glyn Hopkin membeli pegangan 74% saham kelab pada Januari 2017 tetapi tidak mampu meneruskan suntikan kewangan pada pertengahan musim 2017/18.

Daggers?

Dagenham & Redbridge antara salah satu kelab bola sepak Inggeris yang bergabung pada 1990-an. Ia gabungan antara Dagenham dengan Redbridge Forest.

Kedua-dua kelab ini asalnya ditubuhkan pada 1881.

Pencapaian terbaik kelab yang dipanggil Daggers ini apabila bermain di EFL League One pada musim 2010/11. Mereka mengalami naik turun divisyen sejak bergabung.

Walau apa pun, syabas kepada Tim Howard dan rakan-rakannya di atas pelaburan sebegini. Minat dan pengetahuan boleh membantu kesinambungan industri sukan di dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN