Mancini Akui Itali Masih Tidak Cukup Bagus Selepas Tewas Kepada Portugal

Pengendali skuad Azurri, Roberto Mancini mengakui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam pasukannya susulan kekalahan 0-1 kepada Portugal, semalam dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah.

Mancini melakukan sembilan perubahan dalam kesebelasan utamanya menentang juara Eropah itu sekali gus meneruskan pencarian memburu pemain terbaik untuk membina semula Itali yang gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia.

Tetapi juara dunia empat kali itu tetap tumbang sekali pun Portugal merehatkan bintang utamanya, Cristiano Ronaldo dan membuktikan jalan yang perlu diharungi Mancini masih panjang.

“Itali sentiasa bergerak ke bawah,” kata akhbar sukan, Gazzetta dello Sport sambil merumuskan betapa pasukan itu sudah mengharungi empat perlawanan kompetitif tanpa kemenangan.

Beberapa pemain yang meninggalkan Lisbon dengan pujian ialah penjaga gol, Gianluigi Donnarumma yang tampak makin bersedia mengisi kekosongan ditinggalkan Gianluigi Buffon, rakan sepasukannya di AC Milan, Alessio Romanogli di bahagian pertahanan dan penyerang, Simone Zaza.

Jentera tengah Itali jelas belum serasi dan sekali pun Federico Chiesa yang menjadi perancang kepada jaringan penyamaan ketika mengikat Poland 1-1 dimasukkan sebagai pemain gantian, dia gagal mencetus impak diharapkan.

Mancini menurunkan Bryan Cristante dan Jorginho di bahagian tengah manakala Chiesa dan Giacomo Bonaventura di bahagian sayap yang menyerupai formasi bekas pengurus, 4-2-4 Gian Piero Ventura yang tampak tidak menjadi.

Zaza digandingkan dengan Ciro Immobile menjana serangan dan sekali pun dia menjadi penyerang prolifik untuk Lazio, prestasinya bersama skuad kebangsaan tidak seperti diharapkan.

Dengan Itali tampak kekurangan pemain berkelas dunia, Mancini menegaskan satu-satunya cara untuk bergerak ke depan ialah dengan menguji pemain kurang berpengalaman sekali pun peluang mereka untuk beraksi bersama kelab juga terhad.

Mancini sebelum ini mengadu betapa peluang pemain-pemain Itali dihadkan di Serie A oleh pemain asing.

“Benar kami memiliki ramai pemain muda dan kami berada dalam fasa eksperimen, begitupun kami perlu meneruskan laluan ini dan meningkatkan diri kami secepat yang mungkin,” katanya.

“Jika pemain-pemain muda tidak bermain di tahap tertinggi, jadi jelas mereka akan bergelut pada beberapa perlawanan awal, begitupun kami sudah mengetahuinya sebelum ini.”

Sekiranya Itali yang sudah mengharungi dua perlawanan menamatkan saingan di kedudukan tercorot Liga Negara-Neagra, mereka akan terjerumus ke Liga B tetapi Mancini berkata beliau sedia mengambil risiko itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN