Robinho Sahkan Gagal Sertai Chelsea Kerana Jual Jersi Awal Sangat Adalah Benar

Setelah sedekad lamanya, akhirnya Robinho membuka mulut tentang laporan sebelum ini menyatakan yang perpindahan beliau ke Chelsea dibatalkan saat akhir kerana kesilapan pasukan The Blues.

Laporan beberapa tahun lalu menyatakan yang pemain itu hampir menyertai Chelsea. Kelab tersebut terlalu teruja dan menjual jersi dengan nama beliau di dalam laman rasmi kelab.

Baca juga: 5 ‘Hijack’ Perpindahan Terkenal Dalam Bola Sepak Termasuk Beckham Dan Ronaldinho

Peminat boleh membuat pesanan secara atas talian. Ianya membuatkan Real Madrid marah kerana perjanjian masih belum dimuktamadkan secara rasmi.

Robinho ke Chelsea gagal 

Pada tahun 2008, Real Madrid menyatakan mereka tidak akan menghalang Robinho keluar. Pemain sensasi Brazil itu sudah tiada hati bermain di Real Madrid.

Chelsea terus menjadi pasukan terawal yang mahukan pemain ini terutama sekali pemilik kelab Roman Abramovich yang memang kerapkali mengarahkan pegawai beliau membeli pemain atas kehendak beliau.

Chelsea dilaporkan mencapai persetujuan perpindahan bernilai €35 juta. Robinho dikatakan gembira dengan perpindahan itu kerana mahu tinggal di London. Itu antara tarikan utama kata beliau.

Waalaubagaimanapun, Manchester City yang baru mendapat suntikan dana daripada pemilik baru telah melancarkan bidaan saat akhir kepada Robinho. Namun Real Madrid memberitahu mereka sudah setuju menjual pemain itu kepada Chelsea.

Chelsea kemudian menyenaraikan jersi Robinho untuk pra-tempahan dan menerima banyak tempahan untuk jersi pemain itu berjersi biru Chelsea. Mereka akan mengumumkan nombor Robinho sebaik sahaja segalanya selesa.

Beribu tempahan diterima oleh Chelsea beberapa jam penjualan jersi itu dibuat.

Chelsea kemudian membuat kenyataan ada ‘glitch’ pada laman web mereka dan termuat naik jersi Robinho.

Chelsea tak pernah mengakui mereka membuat kesilapan yang membuatkan Robinho dijual mengejut ke Man. City pada saat akhir.

Tindakan Chelsea menyenaraikan jersi Robinho dalam senarai tempahan ini membuatkan Real Madrid marah dan membuat keputusan membatalkan perjanjian dengan Chelsea dan menerima bidaaan Manchester City.

Robinho berkata:

“Hasrat saya ketika itu adalah ke Chelsea. Scolari memberitahu saya yang saya akan memberikan perbezaan besar kepada pasukan.”

“Namun tindakan Real Madrid membuatkan Chelsea sangat kecewa.”

“Real Madrid marah kerana Chelsea menjual jersi dengan nama saya sebelum perjanjian dimuktamadkan.”

“Ya, saya pasti itulah sebab yang mebuatkan pernjanjian itu gagal.”

“Ini kerana, ianya soal maruah Real Madrid dan Chelsea telah mempermainkannya, manakala City tidak.”

Ditanya sama ada beliau menyesal dengan perpindahan itu. Robinho menyatakan:

“Saya tak pernah kesal meninggalkan Real Madrid. Cuma saya kecewa kerana tak dapat menamatkan karier saya dengan Real Madrid lebih baik.”

(Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

“Saya berpeluang saya menguasai Eropah bersama-sama mereka.”

“Memori pahit itu saya ubati dengan kejayaan membantu mereka menjadi juara, saya memainkan peranan saya ketika itu.”

Ditanya, apakah sebab beliau memilih Real Madrid berbanding Barcelona, Robinho berkata:

“Bagi sesetengah orang ianya keputusan sukar, namun tak bagi saya.”

“Ketika itu Real Madrid lebih serius untuk mendapatkan saya berbanding Barcelona. Kedua-dua kelab adalah kelab besar dan ada ramain peminat di dunia.”

“Salah satu sebab saya ke Real Madrid adalah kerana kelompok orang Brazil yang agak besar ketika itu di bawah Vanderlei Luxemburgo, jadi kenapa saya perlu ke Barcelona?”

Ditanya tentang hubungan beliau dengan Capello yang dikatakan menjadi sebab beliau bengang dan mahu keluar, Robinho menyatakan:

“Ketika Capello tiba, mungkin kerana usia saya ketika itu membuatkan saya diletakkan di bangku simpanan.”

“Saya tak boleh membantah kerana dia jurulatih. Cuma saya tak gembira kerana kerap dimasukkan pada separuh masa kedua untuk bermain bukan di posisi saya.”

Beliau menyatakan yang dia sangat rapat dengan Beckham.

“Beckham, sentiasa rapat dengan kami pemain Brazil. Dia dah jadi sebahagian kumpulan kami.”

“Sebenarnya, ramai pemain Sepanyol cemburu kerana Beckham lebih banyak bercakap Portugis berbanding Sepanyol.”

“Beckham meluangkan lebih banyak masa dengan kami orang Brazil. Beliau adalah pemain yang sangat merendah diri pernah saya kenal di dalam padang. Beliau seorang yang hebat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN