Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos mempertahankan kejayaan peribadi rakan sepasukannya, Luka Modric meraih anugerah UEFA Player Of The Year di Monaco tempoh hari.
Ramos menyifatkan Modric layak untuk menerima pengiktirafan tersebut berbanding ‘superstar’ dunia, Cristiano Ronaldo.
Di samping membantu Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut, Modric turut beraksi cemerlang mengemudi Croatia melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.
Pencapaian yang disifatkan sebagai bukti kepada keputusan UEFA memberikan anugerah buat pemain yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran dua hari yang lalu.
Portugal yang diketuai Ronaldo pula tersingkir di peringkat 16 terbaik selepas tewas kepada Uruguay.
”Terdapat beberapa orang pemain yang saya berbangga dapat berada dalam pasukan dan antaranya adalah Luka Modric,” jelas Sergio Ramos bercakap keapda Daily Mail.
”Dia merupakan seorang rakan dan juga pemain yang hebat. Dia adalah seorang daripada beberapa pemain (jika dia memenanginya) dimana membuatkan kami gembira.”
”Mungkin ada pemain yang lebih gah di pasaran, dengan nama besar tetapi Modric lebih layak untuk menerima anugerah tersebut.”