Itali nyaris dimalukan pada perlawanan pertama dibawah bimbingan Roberto Mancini apabila berakhir dengan keputusan seri 1-1, ketika bertemu Poland bagi aksi Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi tadi.
Pemain tengah Chelsea, Jorginho menyelamatkan skuad Azzurri daripada dimalukan, apabila meledak gol menerusi penalti pada babak kedua bagi menyamakan kedudukan selepas Poland membuka tirai jaringan menerusi Piotr Zielinski pada babak pertama.
https://twitter.com/IFTVofficial/status/1038170743169675264
Mancini yang dilantik selaku jurulatih Itali susulan kegagalan juara dunia empat kali itu mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 kali pertama sejak 1958 dan bekas bos Manchester City itu mengakui banyak kerja perlu dilakukan.
“Ia perlawanan pertama yang penting, jadi beberapa kesilapan boleh berlaku, tetapi secara keseluruhan pemain beraksi dengan baik,” kata Mancini.
“Saya tahu ia akan berlangsung sukar. Mereka adalah pasukan yang, ketika ini memiliki lebih keyakinan berbanding kami. Tetapi pada babak kedua kami mengurangkan kesilapan teknikal dan saya gembira sepanjang 45 minit berkenaan.
“Sebelum itu kami melakukan banyak kesilapan, begitu banyak.”
https://twitter.com/IFTVofficial/status/1038057372823052290
Itali tampak bergelut di segenap posisi yang menyaksikan Zielinski membuka tirai jaringan lima minit sebelum rehat babak pertama, sekali gus mencetus ejekan peminat di Stadium Renato Dall’Ara.
Begitupun, selepas Federico Chiesa dimasukkan pada minit ke-71 bagi menggantikan Lorenzo Insigne, dia kemudian dijatuhkan di dalam kawasan penalti seminit kemudian bagi memberi peluang Jorginho menewaskan penjaga gol, Lukasz Fabianski.
Confidence lacking, says Mancini as mediocre Italy rescue a point https://t.co/vvQJ8VAkPi pic.twitter.com/s5zxU5TiNm
— FRANCE 24 (@FRANCE24) September 8, 2018
Selepas jaringan itu, Itali lebih banyak menguasai permainan dan memburu jaringan tetapi terpaksa berpuas hati dengan satu mata sebelum berkunjung ke Lisbon bagi bertemu Portugal untuk aksi berikutnya.