SUKMA 2018: Muhammad Farikh Mahu Kelebihan Sebagai Tuan Rumah Dimanfaatkan Skuad Futsal Perak

Turun ke gelanggang pertandingan di Manjung Indoor Sports Arena (MISA) selaku pasukan tuan rumah sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat skuad futsal lelaki Perak dalam saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Sehubungan dengan itu, ketua pasukan futsal Perak, Muhammad Farikh Bin Khabibor Rahman mahu rakan sepasukannya memanfaatkan kelebihan tersebut bagi merealisasikan impian memperoleh pingat emas.

Ketua pasukan berusia 21 tahun yang juga merupakan pemain kebangsaan ketika dihubungi wakil SemuanyaBOLA turut percaya dengan persiapan yang dilakukan mampu untuk menghadirkan kejayaan buat pasukan.

”Sudah pasti beraksi di laman sendiri memberikan kami tonik berguna dan diharapkan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan Perak.”

”Harapan saya secara peribadinya sudah tentu untuk meraih pingat emas kerana ini merupakan peluang pertama dan terakhir buat saya dalam saingan SUKMA.”

Muhammad Farikh ketika beraksi untuk pasukan Perak dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan 2018. Foto: Joma Malaysia

Skuad Perak kali ini dibarisi sembilan orang pemain yang beraksi dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan 2018 dan menurut Farikh lagi, beliau yakin dengan keupayaan rakan sepasukannya.

”Saya sememangnya yakin dengan keupayaan rakan sepasukan yang begitu komited sepanjang persiapan kami bagi menghadapi saingan SUKMA ini.”

”Mereka sudah pasti akan berjuang berhabis-habisan dan tidak akan mudah berputus asa di setiap perlawanan yang akan kami lalui nanti.”

”Kehadiran beberapa orang pemain kebangsaan dalam pasukan ini juga dapat menambah kekuatan pasukan.”

Dalam pada itu, Farikh juga yakin dengan segala taktikal dan strategi yang telah dirangka ketua jurulatih, Qusmaini Noor Rusli.

Perlawanan pemanas badan terakhir buat skuad Perak yang diadakan di Manjung.

”Saya yakin strategi dan taktikal yang dicurahkan oleh ‘coach’ Qusmaini mampu untuk diterjemahkan pada hari perlawanan.”

Perak diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama Selangor, Sabah dan Perlis.

Cabara pertama buat skuad ‘Yob’ adalah bertemu Perlis pada jam 5.00 petang esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN