Ethan Ampadu Mahu Curi Tumpuan Sarri, Usaha Rebut Tempat Kesebelasan Utama Chelsea

Ampadu

Pemain muda Chelsea, Ethan Ampadu berazam untuk mencuri perhatian Maurizio Sarri dan sekaligus memecah masuk kesebelasan utama The Blues musim ini.

Pemain yang bakal menjangkau usia 18 tahun itu mengatakan beliau telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemain senior di Chelsea.

Beliau beraksi cemerlang di bahagian tengah pada perlawanan UEFA Nations League bertemu Republik Ireland yang menyaksikan Wales menang dengan keputusan 4-1.

Ampadu turut mencipta bantuan jaringan terhadap gol yang dihasilkan Aaron Ramsey.

”Anda boleh mengatakan bahawa terdapat kekecewaan di sebelah pihak tetapi pada masa yang sama saya mendapat pengalaman berlatih bersama pemain lain.”

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 16: Ethan Ampadu of Chelsea heads clear during The Emirates FA Cup Fifth Round match between Chelsea and Hull City at Stamford Bridge on February 16, 2018 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Saya hanya berusaha bagi terus meningkat untuk masuk ke dalam pasukan. Itu adalah perancangan musim ini dalam masa yang sama  untuk terus menunjukkan peningkatan dan cuba masuk ke dalam pasukan.”

”Saya mahu membuktikan kepada pengurus, apa yang saya mampu untuk lakukan.”

Ampadu membuat tujuh penampilan pada musim lalu dibawah kendalian Antonio Conte sebelum mengalami kecederaan pada bulan Mac.

Bersama Sarri, beliau masih belum menikmati sebarang perlawanan liga setelah melalui empat perlawanan liga.

Namun begitu, beliau sedikit beruntung kerana masih kekal bersama Chelsea, tidak seperti pemain muda The Blues yang lain apabila mereka pasti akan dipinjamkan ke pasukan lain.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN