Keadaan Padang Ganggu Rentak Permainan Harimau Malaya

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ternyata tidak berpuas hati dengan keadaan yang becak akibat hujan lebat sehingga menyebabkan mereka tewas 0-2 kepada Taiwan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Perbandaran Taipei semalam.

Permukaan padang yang teruk dilihat memberi kesukaran kepada pemain negara untuk melakukan hantaran tepat dan tampak bergelut untuk mengatur gerakan yang lebih tersusun apabila bola sering tersangkut dalam takungan air.

“Kami datang ke sini untuk mendapatkan keputusan positif, tapi malangnya kami tewas 0-2.

“Pemain melakukan kesilapan teknikal dan sudah pasti sebagai jurulatih saya memahami yang kami tidak boleh mempamerkan aksi seperti biasa dengan keadaan padang yang begini (becak).

“Kami memang sudah biasa harungi perlawanan di atas padang yang basah, tapi kami pasti boleh mempamerkan aksi lebih mantap jika permukaan padang lebih baik,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Taiwan malam semalam. FOTO: FAM

Dalam perlawanan itu, Taiwan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi Wu Chun Ching selepas pemain itu bijak menolak masuk bola ke dalam gawang ketika berlaku kelam kabut di depan pintu gol Harimau Malaya.

Chu En-Le kemudian menambah gol kedua tuan rumah pada minit ke-53 selepas menyudahkan hantaran daripada Li Mao.

Percubaan terbaik Harimau Malaya hanya hadir pada minit ke-64 menerusi rembatan leret Akhyar Rashid yang sekadar singgah di tiang gol Taiwan.

Skuad kebangsaan kini sedang mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF yang bermula November ini. Mereka akan terbang ke Phnom Penh bagi mengharungi satu lagi aksi persahabatan antarabangsa berdepan Kemboja, Isnin ini.

Kemudian pada bulan Oktober depan, mereka akan menghadapi 2 lagi perlawanan persahabatan berdepan Sri Lanka dan Kyrgyzstan sebelum menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November.

Skuad Kemboja kini dilatih oleh bekas bintang AC Milan dan pemain berpengalaman dari Jepun, Keisuke Honda. Cheng Hoe harap pemainnya cukup bersedia dari segi mental dan fizikal.

Keisuke Honda memulakan tugasan pertamanya dengan skuad kebangsaan Kemboja. FOTO: Cambodia FA

“Saya pasti akan berdepan tugas sukar untuk berdepan Kemboja dengan mereka mendapat suntikan motivasi daripada jurulatih baharu Keisuke Honda.

“Cuma saya harap mental semua pemain berada pada tahap terbaik untuk berdepan Kemboja nanti,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN