Olivier Giroud merupakan pemain yang mencipta rekod yang cukup pelik di Piala Dunia 2018.
Beliau memenangi Piala Dunia Bersama Perancis dengan tidak menjaringkan gol untuk pasukannya.
Lebih menarik, beliau langsung tidak melakukan satu pun percubaan tepat ke arah pintu gol!
Menurut laman FourFourTwo, Giroud sebenarnya tidak ambil pusing dengan rekod menarik yang dilakukan beliau itu ketika di Rusia.
Hal ini kerana katanya, walaupun rekod itu seakan teruk di mata orang akan tetapi perbuatannya itu dipuji oleh para penyokong Perancis.
“Walaupun tak jaringkan gol, ianya tak buatkan saya tak tidur lena pada waktu malam.”
“Di jalanan para penyokong berkata kepada saya yang walaupun saya tak jaringkan gol tetapi saya telah menjadi sebahagian penting kepada pasukan.”
“Perancis mungkin tidak memenangi Piala Dunia sekiranya saya jaringkan gol.”
“Statistik dan analisis boleh digunakan dalam pelbagai cara. Namun saya berkesan dalam cara yang lain.”
Kejayaan Perancis menjulang Piala Dunia mengulangi apa yang dinikmati mereka pada 1998 apabila muncul pemenang ketika kejohanan itu dilangsungkan di laman sendiri.
Giroud bagaimana pun mengakui sedikit terkilan kerana gagal menjaringkan gol. Namun begitu, kejayaan berpasukan itu lebih penting.
“Sememangnya saya sedikit terkilan. Namun apabila memenangi kejuaraan ianya jadi berbeza.”
“Kejayaan kolektif mengatasi kejayaan secara individu.”
Walaupun tidak melakukan sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol, Giroud kini kekurangan 3 gol untuk mengatasi rekod jaringan David Trezeguet sebagai penjaring gol ke-3 terbanyak dalam sejarah Perancis.