VIDEO: Magnus Futsal Muncul Juara World Intercontinental Futsal Cup 2018

Magnus Futsal

Magnus Futsal, kelab yang diwakili pemain futsal legenda dunia, Falcao berjaya mengungguli saingan FIFA World Intercontinental Futsal Cup 2018 selepas menundukkan cabaran satu lagi kelab dari Brazil, Carlos Barbosa 2-0 pada perlawanan akhir.

Aksi yang berlangsung di Bangkok Futsal Arena, Thailand itu merupakan ulangan pertembungan akhir kedua-dua pasukan pada edisi 2016 di Doha, Qatar yang turut dimenangi Magnus Futsal.

Seperti kebiasaan, sukan futsal pasti akan disajikan dengan corak permainan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol pasukan lawan.

Pada perlawanan dua wakil Brazil itu, keputusan babak pertama terikat dengan tanpa jaringan.

Penjaga gol bagi kedua-dua pasukan iaitu Tiago De Melo Marinho (Magnus Futsal) dan Giancarlo Ramos Rodolpho bertindak cemerlang menafikan setiap asakan yang dihadapi.

Falcao tidak dapat menyembunyikan perasaan hibanya selepas berjaya membantu Magnus Futsal di Bangkok.

Memasuki babak kedua, Leandro Lino Dos Santos menceriakan kem Magnus Futsal selepas empat minit perlawanan kembali bersambung.

Beliau yang menerima bola hasil gerakan solo ketua pasukan, Rodrigo Hardy Araujo, tidak melepaskan peluang bagi merembat bola dari jarak dekat untuk membuka tirai jaringan.

Carlos Barbosa yang merupakan pendahulu Liga Nacional de Futsal terus dipalit kekecewaan selepas Bruno Souza dilayangkan kad merah.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Marcel De Mendonca Marques untuk menutup terus peluang buat Carlos Barbosa untuk bangkit, ditambah pula dengan kecekapan Tiago di gawang Magnus Futsal.

Jaringan dari Leonardo dan Marcel itu mengesahkan kejuaraan kedua buat Magnus Futsal dalam kejohanan yang menemukan juara bagi setiap benua ini (Piala Kelab Dunia versi futsal).

Sementara itu, Barca Lassa (Sepanyol) memperoleh tempat ketiga selepas menundukkan PTT Chonburi Bluewave (Thailand) dengan keputusan 12-2 pada saingan tempat ke-3/4.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN