Liga M5 Klang Valley League (KVL) Umum Penajaan Daripada AXA AFFIN

Sejarah tercipta dalam arena bola sepak negara apabila penganjur liga bola sepak sosial terbesar di Malaysia, Klang Valley League (KVL) secara rasminya akan menganjurkan Liga M5, liga divisyen ke-5 bola sepak negara yang dikenali sebagai AXA KVL M5.

Mula dianjurkan pada Mei 2014 dan bermula dengan penglibatan 8 buah pasukan, KVL kini aktif menganjurkan 8 divisyen liga yang melibatkan lebih 130 pasukan dan lebih 3,000 pemain peringkat amatur dan sosial di sekitar Lembah Klang.

Pengasasnya, En. Khairil Anuar menyifatkan kewujudan liga-liga divisyen ke-5 seperti AXA KVL M5 dalam piramid bola sepak Malaysia merupakan satu perkembangan baik. Ini kerana pasukan-pasukan amatur diberi peluang untuk beraksi dalam satu ekosistem bola sepak yang tersusun dan sistematik bersama pasukan-pasukan profesional lain. “Ia satu sejarah buat penganjur liga amatur seperti kami (KVL) untuk terlibat secara langsung dalam agenda pembangunan bola sepak negara,” ujar Khairil.

Penganjuran AXA KVL M5 turut mendapat sokongan dan tajaan daripada salah sebuah syarikat insurans terbesar di dunia, AXA AFFIN Life Insurance dan syarikat bersekutunya, 139associates.

Ketua Pegawai eksekutif KVL, Khairil Anuar (dua dari kiri) bersalaman bersama Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance, Rohit Nambiar dalam majlis pengumuman penajaan Ahad lepas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance Berhad, En. Rohit Nambiar, misi AXA secara keseluruhannya adalah untuk memperkasakan orang ramai untuk kehidupan yang lebih baik.

“Dalam takrifan sukan, latihan fizikal dari semua jenis membawa kepada kehidupan yang lebih sihat,” terang Rohit. Beliau kemudiannya menambah, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan penajaan ini secara rasmi sempena bulan kemerdekaan. Kami berharap dapat memperkuatkan misi syarikat kami menerusi kerjasama strategik dengan KVL.”

Sementara itu, Semuanya BOLA pula dipilih sebagai rakan media rasmi bagi liga ini.

Ketua Editor Semuanya BOLA Sdn. Bhd, Ahmad Muzammil berjabat tangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KVL, Khairil Anuar dalam majlis Ahad lepas.

16 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam AXA KVL M5. Antara pasukan yang terlibat adalah pasukan komuniti terkenal seperti Shah Alam Antlers FC, Gombak FC serta juara dan naib juara Selangor Champions League 2017, Axis O2 FC dan PIB FC. Kesemua perlawanan AXA KVL M5 akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya bermula 17 September 2018.

Keputusan undian pasukan-pasukan yang bakal bertanding dalam AXA KVL M5. 4 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN