Mourinho Nafi Guna Veto Halang Kepulangan Ronaldo, Mahu Penyokong Tahu Hal Sebenar

Jose Mourinho menafikan yang beliau menggunakan kuasa veto untuk menghalang kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan Mourinho adalah orang yang menjadi sebab kenapa Ronaldo tidak kembali ke Man. United walaupun pengurusan tertinggi kelab dan Ronaldo sendiri ada keinginan.

Beberapa penyokong United agak marah dengan Mourinho selepas membaca laporan itu. The Special One tampil dengan penjelasan yang Ronaldo tidak pernah ada dalam opsyen beliau.

Beliau juga mahu peminat Man. United tahu bahawa Ronaldo tidak pernah merancang untuk kembali ke Man. United ketika beliau menyatakan mahu meninggalkan Real Madrid.

Bercakap kepada wartawan selepas kemenangan penting ke atas Burnley, Mourinho berkata:

“Cristiano adalah bukan nama yang pernah berada di atas meja saya untuk saya katakan ya ataupun tidak.”

“Cristiano nak datang kepada kami, juga tiada di atas meja saya.”

Mourinho jelas menyatakan yang Man. United tiada kaitan dengan usaha membawa Ronaldo pulang. Ianya tida dalam perancangan.

Beliau juga tidak tahu akan dari mana berita Ronaldo yang dikatakan mahu kembali semula ke Man. United.

Jadi tiada isu Mourinho menggunakan kuasa veto beliau untuk menghalang perpindahan itu.

Mourinho kemudiannya menyatakan beliau gembira dengan kebangkitan Man. United selepas tewas di tempat sendiri di tangan Spurs.

Di dalam kegembiraan beliau di atas persembahan anak-anak buah beliau, Mourinho turut kecewa beberapa lagi peluang untuk menjaringkan gol tidak disempurnakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN