Beberapa peminat muslim yang berada di sebuah masjid di Liverpool terkejut apabila bintang Senegal, Sadio Mane dilihat membantu membersihkan tandas masjid.
Tindakan Mane itu dirakam dan video itu dikongsi oleh jutaan peminat menerusi laman sosial. Difahamkan Mane ke masjid tersebut kira-kira sejam selepas meledak jaringan menentang Leicester City.
Liverpool FC footballer Sadio Mane cleaning the mosque toilets and wudhu area. mA #humbling pic.twitter.com/eNIxZzSLTf
— Khalil Laher 🐝 (@khalillaher) September 1, 2018
Menerusi rakaaman Video itu, menunjukkan Mane sedang mengisi air di dalam sebuah bekas, manakala seorang kanak-kanak lelaki sedang menggunakan membersihkan lantai.
Pengguna laman sosial mendakwa, video itu dirakam di Masjid Al-Rahma, yang kerap dikunjungi Mane dan terletak di Mulgrave Street, Liverpool.
Kebiasaannya, setiap kali menjaringkan gol, pemain berusia 26 tahun itu akan melakukan sujud syukur di padang sebagai tanda kesyukuran.
Sadio Mané- On Saturday at noon beats Leicester away, scores the opener and secures 4/4 games won in the league before heading into international break. Sunday; helps out cleaning the toilets in his mosque. This man is as humble and kind as it goes. Different breed of footballer
— Maxi (@MaaxiAngelo) September 2, 2018
Setakat ini, belum disahkan lelaki di dalam rakaman video itu adalah Mane. Namun, berdasarkan suara di dalam video berkenaan, seorang lelaki dipercayai perakam video beberapa kali menyebut nama Mane.
Penyerang The Reds itu memang terkenal dengan sikap merendah diri dan dikatakan menderma 200,000 pound (RM1.06 juta) untuk membina bangunan di sebuah sekolah di kampungnya, di Bambaly, Senegal.
“Ia adalah inisiatif yang begitu menyentuh hati saya,” kata Mane kepada Liverpool Echo.
“Ia sesuatu yang membuatkan saya sangat gembira untuk melakukannya. Ia penting untuk membantu insan lain,”
“Mereka mendekati saya untuk melakukan inisiatif berkenaan, dan ia memang jelas, saya adalah individu yang betul untuk membantu mereka.
“Apabila mereka memaklumkan kepada saya mengenai perkara itu, saya sangat gembira untuk membantu,” katanya.
Pemain yang beraksi di posisi sayap itu meledak empat jaringan dalam empat perlawanan liga setakat ini untuk membantu The Reds mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam permulaan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.