Minggu 24 menyaksikan aksi hebat Jamie Vardy menjaringkan 2 gol menentang Liverpool
Romelu Lakaku pula terus sepi tanpa gol dalam 5 perlawanan terakhir
Berikut adalah tips FPL untuk minggu 25 nanti:
Penjaga Gol
Kehadiran Fraser Forster benar benar membantu Southampton.
Untuk 2 perlawanan terakhir ini, Southampton berjaya mencatatkan 2 clean sheet dengan Forster sebagai penjaga gol.
Apa yang lebih menarik adalah Southampton berjaya mendapatkan clean sheet hasil dari pertemuan menentang Man Utd dan Arsenal.
Harga Forster boleh dikatakan agak rendah untuk kualiti yang ada pada beliau iaitu (£4.8)
Petr Cech (£5.8) antara pilihan yang baik.
Arsenal berjaya mendapatkan 2 clean sheet di dalam 3 perlawanan terakhir.
Bellerin dan Monreal juga banyak membantu pertahanan Arsenal pada minggu lepas menentang Southampton.
Pada minggu ini Arsenal akan bermain di stadium pihak lawan menentang Bournemouth.
Pertahanan
Nacho Monreal (£5.9) antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.
Monreal berjaya mendapatkan clean sheet dan 2 mata bonus untuk perlawanan beberapa hari lepas menentang Southampton.
Everton bakal bertemu dengan pasukan yang berada di dalam prestasi yang kurang baik ketika ini iaitu Stoke City.
Daripada rekod, Stoke City sudahpon bolos 6 goal untuk 2 perlawanan terakhir semasa menentang Leicester City dan Man Utd.
Seamus Coleman (£5.8) antara pemain Everton yang semakin meningkat naik ketika ini.
Eric Dier (£5.3) antara pemain yang mempunyai harga yang rendah serta rajin menyerang untuk Spurs.
Harganya juga agak rendah untuk kualiti yang pada beliau.
Eric Dier bersama pasukan sekali lagi berjaya mendapatkan clean sheet semasa menentang Norwich pada beberapa hari lepas.
Pemain Tengah
Ross Barkley (£7.3) antara pemain yang berada di dalam top form.
Ketika mana Romelu Lukaku sunyi tanpa gol, Barkley muncul sebagai hero untuk Everton.
Barkley berjaya menjaringkan 2 gol menentang Newcastle pada tempoh hari.
Everton bakal berdepan dengan Stoke City dimana masalah mereka adalah pada bahagian pertahanan.
Jika diikutkan dari berita yang terbaru, Dele Alli kemungkinan akan diturunkan menentang Watford.
Dele Alli berjaya mendapatkan gol, assist dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan semasa menentang Crystal Palace pada minggu lepas.
Untuk perlawanan menentang Norwich pula, Alli berjaya mendapatkan 1 mata bonus, satu gol dan satu assist.
Harga Dele Alli boleh dikatakan masih rendah iaitu sekitar (£5.9).
Meskipun sunyi tanpa gol pada minggu lepas, Roberto Firmino (£8.1) antara pilihan yang baik untuk minggu ini.
Firmino berjaya menjaringkan 4 gol di dalam 4 perlawan terakhir.
Tambahan pula, Liverpool bakal berdepan dengan pihak lawan yang tidak begitu sukar iaitu Sunderland di Anfield dimana peluang untuk Liverpool menjaringkan gol adalah lebih tinggi.
Penyerang
Terdapat beberapa penyerang yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.
Antaranya adalah Harry Kane (£10.1). Kane berjaya menjaringkan 2 gol dan dipilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan yang lepas.
Kane juga konsisten menjaringkan gol pada ketika ini dengan 4 gol di dalam 3 perlawanan terakhir.
Wayne Rooney (£10.0) berjaya menjaringkan 7 gol di dalam 7 perlawanan terakhir termasuk satu gol semasa menentang Stoke City beberapa hari yang lepas.
Anda juga boleh pertimbangkan untuk memilih Jamie Vardy (£7.3) tetapi bermain di Etihad Stadium mungkin menjadi masalah buat Vardy menjaringkan gol.
Penyerang anda harus ada pada ketika ini sudah haruslah Sergio Aguero (£13.6).
Aguero dipilih sebagai pemain terbaik bulan Januari berikutan prestasi beliau yang amat baik.
Aguero berjaya menjaringkan 5 goal di dalam 3 perlawanan terakhir termasuk gol tunggal semasa menentang Sunderland.
Setakat ini, Aguero sudah berjaya memungut 100 mata di dalam FPL.
Pilihan Kapten : Sergio Aguero (Man City) , Harry Kane (Tottenham) , Ross Barkley (Everton)