Pemain tengah Real Madrid dari Croatia, Luka Modric berjaya memecah dominasi Cristiano Ronaldo dan juga Lionel Messi apabila terpilih sebagai Pemain Terbaik UEFA 2017/18.
Kejayaan peribadi buat Modric itu diumumkan pada majlis undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah yang bertempat di Monaco.
Modric berjaya mengatasi bekas rakan sepasukannya yang kini berkelana ke Juventus, Cristiano Ronaldo di tempat kedua manakala bintang Liverpool, Mohamed Salah menduduki tempat ketiga.
Menurut sumber Goal, Luka Modric mendedikasikan pengiktirafan terhadap dirinya itu buat jurulatih dan rakan sepasukannya di Real Madrid.
”Saya ingin mendedikasikan anugerah ini buat jurulatih dan rakan sepasukan saya.”
🌟 UEFA Men's Player of the Year 17/18 🌟
🥇 Congratulations, Luka Modrić! 🎉#UEFAawards #UCLdraw pic.twitter.com/6xSHck2v7d
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 30, 2018
”Mereka berada di samping saya di saat baik atau kurang baik dan ini juga adalah buat mereka.”
Sebagai rekod, Ronaldo merupakan pemenang terbanyak apabila tiga kali menerima anugerah tersebut iaitu pada musim 2013/14, 2015/16 dan 2016/17.
Lionel Messi pula memenanginya sebanyak dua kali (2010/11 & 2014/15).
Dalam pada itu, Real Madrid turut mendominasi anugerah bagi kategori pemain lelaki.
Modric bersama-sama Keylor Navas, Sergio Ramos dan Cristiano Ronaldo turut terpilih untuk menerima anugerah penjaga gol, pertahanan, pemain tengah dan penyerang terbaik.