Selepas 15 Tahun, Clint Dempsey Umum Persaraan Daripada Bola Sepak

Bekas bintang Tottenham Hotspur dan Fulham, Clint Dempsey mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada usia 35 tahun, sekaligus menamatkan karier profesional 15 tahun.

Dempsey memegang rekod sebagai pemain Amerika Syarikat yang paling banyak menjaringkan gol di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 57 gol.

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Manakala di pentas antarabangsa, Dempsey turut menyumbangkan jumlah jaringa yang sama untuk USA, berkongsi rekod jumlah jaringan yang sama dengan Landon Donovan.

Sepertimana yang dipetik oleh BBC, Dempsey berkata:

“Ia sentiasa impian saya untuk menjadi pemain profesional. Dan saya amat bersyukur untuk perjalanan yang telah dilalui.”

Dempsey yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat melakukan penampilan pertama sebagai pemain profesional pada 2004 bersama New England Revolutiin sebelum ke EPL untuk beraksi bersama Fulham pada 2007.

nd. (Photo by Scott Heavey/Getty Images)

Beliau menjaringkan 50 gol pada 5 musim pertama di Craven Cottage dan merupakan sebahagian daripada skuad yang muncul naib juara Piala Europa pada 2010.

Perlawanan tersebut turut menjadikan Dempsey sebagai pemain Amerika Syarikat pertama yang beraksi di pentas perlawanan akhir pertandinga eropah.

Dempsey kemudiannya menyertai Spurs pada 2012, namun kekal hanya semusim di White Hart Lane sebelum menyertai Seattle Sounders untuk 5 tahun berikutnya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa bersama sepanjang karier saya di New England Revolution, Fulham, Tottenham, Seattle Sounders dan skuad kebangsaan USA,” tambah Dempsey lagi.

Selamat bersara Clint Dempsey.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN