Korea Selatan mengakhiri cabaran pasukan Vietnam dalam kempen Sukan Asia.
Perlawanan kali ini jelas memihak kepada Korea Selatan yang menurunkan skuad terkuat mereka.
Lee Seung Woo meletakkan Korea Selatan 1 gol di hadapan menerusi percubaan kaki kiri pada minit ke-7.
Vietnam hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-26 namun ianya daripada kedudukan ofsaid.
Hwang Ui Jo menjadi penyerang paling prolifik Korea Selatan apabila menjaringkan gol ke-9 beliau dalam kejohanan ini. Lantas meletakkan Korea Selatan 2 gol di hadapan pada minit ke-28.
Korea Selatan jelas cuba membunuh perlawanan ini secepat mungkin. Namun Vietnam tetap memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
Bersambung babak kedua, Korea Selatan menjaringkan gol pada minit ke-55 menerusi Lee Seung Woo sekali lagi. Satu cip menarik daripada beliau.
Kempen Vietnam nampak sudah berakhir. Pasukan jaguh Asia Tenggara itu menjaringkan gol saguhati pada minit ke-70 menerusi sepakan percuma menarik.
Perlawanan berakhir 3-1 dan Korea Selatan mara ke final.
Walaubagaimanapun, syabas buat Vietnam kerana sudah mara sehingga ke separuh akhir. Pencapaian terbaik mereka dalam sejarah Sukan Asia.
Son Heung Min dan rakan-rakannya akan menunggu pemenang di antara Jepun dan UAE.
Sebagai tambahan, berita ini pastinya menggembirakan Tottenham Hotspur yang baru sahaja melanjutkan kontrak Son Heung Min.
Ini kerana jika Korea Selatan gagal untuk memenangi pingat emas, mereka terpaksa melepaskan pemain itu 2 tahun ke latihan ketenteraan dalam peringkat Son Sedang ‘peak’.