Malaysia Akan Hantar Skuad Terkuat Ke Piala AFF 2018

Akhir tahun ini pastinya merupakan satu detik yang menarik menanti kita semua sebagai penyokong bola sepak Malaysia.

Hal ini kerana, saingan Piala AFF akan kembali sekali lagi dan pastinya harapan untuk melihat pasukan negara mengulangi kejayaan 2010 diletakkan kepada para pemain.

Menurut laman Sinar Harian, skuad Harimau Malaya akan menghantar barisan pemain terhandal bagi memberikan saingan sengit di kejohanan ini.

Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jaminan akan diberikan agar pasukan negara akan mempamerkan tentangan sengit kelak.

“Saya memberikan jaminan barisan pemain yang akan diturunkan di Piala AFF adalah barisan terkuat.”

PETALING JAYA, 11 Feb — Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sidang media mengenai Piala Futsal Felda-FAM 2014 di Wisma FAM di sini hari ini.
Kejohanan futsal tersebut akan berlangsung dari 12-16 Feb di Stadium Malawati Shah Alam.
– fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Hamidin berkata demikian selepas bercakap mengenai senarai nama pemain yang dipanggil untuk perlawanan persahabatan antara Taiwan dan Kemboja.

Menurut Hamidin, senarai nama yang dipanggil itu tidak dijamin tempatnya di dalam skuad kerana masih ada beberapa pemain yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe.

Hal ini kerana kata Hamidin, masih lagi ada beberapa pemain yang aktif bersama pasukan masing-masing untuk saingan Piala Malaysia.

Malah ada juga yang masih lagi terlibat dengan kecederaan.

Farizal
Farizal Marlias antara nama yang kembali semula dalam skuad kebangsaan.

Dalam masa yang sama, Hamidin mengatakan yang Cheng Hoe sebenarnya sudah mempunyai barisan pemain yang beliau inginkan untuk dibawa ke Piala AFF.

Namun begitu, ianya akan hanya akan diputuskan selepas perlawanan persahabatan terakhir menentang Maldives pada akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN