8 Pemain Skuad Sukan Asia Mungkin Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya

Aksi cemerlang beberapa pemain skuad bawah 23 tahun negara ketika dalam saingan Sukan Asia minggu lepas ternyata telah berjaya memikat jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk memanggil mereka menyertai kem latihan pusat minggu depan.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Cheng Hoe mengesahkan tujuh hingga lapan pemain daripada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu akan memperkuatkan pasukan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa berdepan Taiwan dan Kemboja pada 7 dan 10 September ini.

“Kita belum umum lagi (senarai pemain), mungkin esok saya boleh umumkan. Ketika ini belum ada pengumuman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), jadi tidak manis kalau saya umumkan sekarang.

“Ya memang sudah ada gambaran pemain yang akan saya panggil dan lebih kurang tujuh atau lapan pemain Skuad B-23 berada dalam senarai itu,” katanya kepada wartawan Berita Harian.

Media tempatan semalam melaporkan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berpendapat beberapa pemain muda seperti Safawi Rasid dan Akhyar Rashid sudah boleh menjadi tunjang utama dalam skuad senior.

“Kalau tanya saya, pemain seperti Safawi (Rasid), Akhyar (Rashid) dan beberapa pemain lain memang layak berada dalam skuad senior. Tapi apa yang lebih penting belajar daripada aksi di Sukan Asia untuk perbaiki kelemahan.

“Macam Jepun, saya boleh katakan mereka tak akan jadi juara (raih pingat emas) sebab pemain mereka masih mentah. Tapi gaya permainan mereka nampak lebih baik,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Berdasarkan aksi cemerlang skuad muda negara ketika menewaskan Korea Selatan, Cheng Hoe nampaknya sudah ada gambaran untuk membentuk skuad yang mantap bagi menghadapi kejohanan AFF hujung tahun ini.

Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan lalu. FOTO: FAM

“Skuad B-23 mara hingga ke pusingan kedua dan di peringkat kumpulan juga mereka berjaya tewaskan Korea Selatan, jadi ia sedikit sebanyak memberi motivasi atau petanda positif untuk pasukan kebangsaan nanti.

“Barisan kejurulatihan akan ke gelanggang perlawanan Piala Malaysia untuk memantau dan menilai prestasi semasa beberapa pemain yang mungkin boleh dipanggil menyertai skuad kebangsaan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN