Pilihan Selangor Rampas Semula Piala Sultan Selangor Dari Singapura

Skuad Pilihan Selangor yang terdiri daripada pemain campuran Selangor dan PKNS FC kembali merampas Piala Sultan Selangor selepas menundukkan Pilihan Singapura 5-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pilihan Singapura yang memenangi Piala tersebut tahun lalu terikat 1-1 dengan pilihan Selangor selepas 90 minit perlawanan sehingga diheretkan ke penentuan penalti.

Lebih menarik, anak kelahiran Singapura sendiri iaitu Faris Ramli muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti yang terakhir lalu mengesahkan kemenangan menjadi milik Pilihan Selangor.

Faris Ramli meraikan jaringan kemenangan semalam. FOTO: PKNS FC

Dalam perlawanan itu, pelawat terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui Shuhei Hoshino selepas pemain pertahanan Selangor dilihat kelam kabut untuk merampas bola tersebut.

Beberapa minit kemudian, pemain import Selangor yang juga penjaring terbanyak Liga Super, Rufino Segovia  kembali menyamakan kedudukan buat Selangor dan keputusan itu kekal hingga tamat babak pertama.

Rufino Segorvia menyamakan kedudukan. FOTO: PKNS FC

Pilihan Selangor cuba menambahkan gol pada separuh masa kedua namun barisan serangan skuad itu masih buntu untuk memecahkan benteng pertahanan Singapura. Keputusan 1-1 kekal hingga pengadil meniupkan wisel penamat.

Terdahulu, skuad veteran Selangor menundukkan veteran Singapura 3-2, juga menerusi penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

Pada aksi sebelah petang, skuad bawah 16 (B-16) tahun Selangor turut merangkul Piala Cabaran Sekolah Selangor-Singapura selepas menundukkan skuad B-16 Singapura 2-0.

Selain tiga aksi itu, saingan setahun sekali itu turut dimeriahkan dengan beberapa pertunjukan termasuklah persembahan artis, pancaran laser istimewa dan bunga api.

Lebih menarik, hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kereta Honda City turut menjadi rebutan seluruh penyokong kedua-dua pasukan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan dan menyaksikan Piala Sultan Selangor 2018.

Sultan Selangor menyampaikan hadiah kemenangan kepada Pilihan Selangor. FOTO: PKNS FC

Baginda turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir pada perlawanan itu adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abdul Karim Munisar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN