Son Heung Min Terdesak Menang Pingat Emas Sukan Asia

Son

Malam ini skuad Korea Selatan bawah 23 tahun bakal berdepan tugas berat apabila dijadualkan menentang pemenang pingat emas 4 kali, Iran di pusingan kalah mati acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Stadium Wibawa Mukti, Indonesia.

Ia merupakan perlawanan yang akan menentukan karier bola sepak pemain pasukan itu termasuk bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min kerana mengikut undang-undang Korea Selatan, mereka diperintahkan menjalani khidmat negara (military service) selama 21 bulan sebelum umur 35 tahun jika gagal mendapatkan pingat emas.

Pemenang pingat emas sukan Olimpik dan sukan Asia dikecualikan daripada khidmat negara tersebut.

Sedar akan risiko tersingkir pada malam ini, Son menegaskan beliau dan rakan sepasukannya sudah siap sedia dari segi mental dan tahap kecergasan untuk memastikan mereka tidak pulang awal.

“Iran merupakan pasukan yang sangat kuat. Kami sudah siap sedia menghadapi mereka. Kami semua pemain yang professional dan tahu apa yang kami perlu diperbaiki untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya.,” tegas Son Heung Min.

Malah, laluan ke perlawanan akhir juga tidak begitu mudah kerana Korea Selatan berpeluang jumpa juara AFC B-23, Uzbekistan di suku akhir jika mereka berjaya menewaskan Iran malam ini.

“Iran juga merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai acara bola sepak Asia bersama Uzbekistan. Jika kami tewaskan dua pasukan ini, kami ada peluang untuk mendapatkan pingat emas,” katanya.

https://twitter.com/ZionPark_/status/1031716208263946240

Sementara itu, jurulatih skuad itu, Kim Hak Bum mahu pemainnya mengambil serius terhadap lawan yang bakal dihadapi selepas ini dan tidak memandang rendah pada kemampuan pasukan lawan.

“Setiap perlawanan selepas ini akan menjadi perlawanan yang terakhir untuk kami. Saya mereka melakukan yang terbaik dan tidak menghampa penyokong setia kami,” ujarnya.

Korea Selatan adalah juara bertahan Sukan Asia selepas menewaskan Korea Utara pada final empat tahun lalu.

Bekas kelab Son, Bayer Leverkusen tidak membenarkan penyerang itu menyertai Sukan Asia 2014 di UAE menyebabkan beliau terlepas daripada pengecualian khidmat negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN