Barcelona Salahkan PSG & Man City, Punca Terpaksa Bayar Tinggi Gaji Pemain

Nilai gaji keseluruhan yang perlu ditanggung oleh Barcelona akan terus meningkat selepas memperbaharui kontrak beberapa pemain.

Pihak pengurusan tertinggi gergasi Catalan itu berpendapat pendapatan pemain akan terus meningkat sekiranya tiada siling dikenakan seperti mana yang diamalkan oleh NBA.

(Photo credit should read JOSEP LAGO/AFP/Getty Images)

Kekuatan kewangan milik kelab seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain juga dikatakan sebagai punca utama gaji pemain akan terus meningkat di masa hadapan.

Barcelona telah memperbaharui kontrak empat pemain, dan dua lagi pemain akan turut memperolehi nilai gaji baharu selepas perbincangan.

Terbaru melibatkan pemain tengah, Ivan Rakitic yang baru sedang duduk berbincang dengan pengurusan kelab, walaupun perkara sama kira-kira 17 bulan yang lalu.

(Photo by Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)

Namun setelah terdapat ura-ura PSG mahukan pemain tersebut, Barcelona tiada pilihan melainkan menawarkan kontrak baru beserta klausa pelepasan bernilai €125 juta.

Tatkala perbincangan dengan Rakitic masih berlangsung, Barcelona juga tiada pilihan melainkan menaikkan gaji Sergio Busquet.

Busquet dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik di La Liga turut mempunyai klausa pelepasan bernilai €200 juta.

Gerard Pique, Sergi Roberto dan Samuel Umtiti pula telah memperbaharui kontrak masing-masing bersama juara bertahan La Liga itu, dan telah diumumkan kepada umum melalui sidang media oleh kelab tersebut.

(Photo by Miguel Ruiz/FC Barcelona via Getty Images)

Bagaimanapun, Lionel Messi kekal sebagai penerima gaji tertinggi di La Liga dengan kontrak sehingga 2021 di Barcelona.

Kapten pasukan itu juga mempunyai klausa perpindahan bernilai €700 juta untuk memastikan beliau kekal di Nou Camp sepanjang karier di peringkat kelab.

Barcelona turut dilaporkan akan memperbaharui kontrak Jordi Alba dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN