Real Madrid telah diberikan amaran oleh ketua pengarah Valencia Mateu Alemany bahawa mereka harus membayar klausa pelepasan Rodrigo Moreno bernilai €120 juta jika mahukan pemain itu.
Julen Lopetegui meminta Real Madrid mendapatkan pemain itu untuk beliau. Lopetegui adalah jurulatih yang bekerjasama dengan Rodrigo di peringkat B-21 dan memanggil pemain itu ke dalam skuad senior Sepanyol.
Alemani menyatakan mereka enggan menjual pemain itu. Tetapi jika Rodrigo mengaktifkan klausa perlepasan dan Real Madrid sanggup membayar, mereka tiada pilihan.
Valencia juga yakin pemain 27 tahun itu tiada masalah untuk kekal di Valencia yang beliau sertai sejak 2009 sebagai pemain remaja.
Beliau menjaringkan 16 gol dalam La Liga musim lalu dan dikaitkan dengan banyak kelab besar lain.
“Saya dan Real Madrid masih tiada berhubung apa-apa akan hal ini. Jika mereka membayar angka €120 juta, maka kami tiada pilihan.”
“Buat masa ini kami melihat Rodrigo sangat gembira serta bermotivasi di sini dan kami mahu dia kekal kerana dia pemain penting pasukan ini.”
Real Madrid tidak tahu pemain tersebut ada klausa perlepasan di dalam kontrak beliau. Angka itu mungkin terlalu besar untuk dibayar.
Real Madrid dilaporkan sedia membayar €70 juta untuk Rodrigo Moreno walaupun pemain itu dalam instagram beliau menyatakan hasratnya untuk kekal.
AS are reporting that Julen Lopetegui wants RODRIGO in REAL MADRID, despite that Rodrigo said he WANTS TO STAY IN VALENCIA. pic.twitter.com/wf7GKeBVZL
— Radio Taronja 🇬🇧 (@RadioTaronjaENG) August 21, 2018
Rodrigo menjadringkan gol penyamaan dalam perlawanan pertama Valencia menentang Atletico musim ini. Perlawanan yang berkesudahan seri 1-1.
Real Madrid hanya mendapatkan seorang nama besar iaitu Courtois pada kali ini. Vinicius Junior mereka tandatangani pada musim lalu.
Real terlepas peluang mendapatkan Hazard daripada Chelsea. Mereka juga dilihat tiada peluang mendapatkan Neymar dan Mbappe kecuali ada perkara sangat drastik berlaku dalam baki tempoh jendela perpindahan kali ini.
Alemany juga menyatakan mereka sedang berunding untuk mendapatkan Guedes daripada PSG selepas meminjam pemain itu. Namun PSG berkeras meminta €50 juta untuk pemain tersebut.
“Beliau memang ingin datang ke sini selepas dia menjadi pemain penting untuk kelab dan peminat, tetapi kami mempunyai kesukaran untuk mendapatkan beliau secara tetap.”
“Harga sangat tinggi, dan kita perlu mengambil kira keadaan semasa kewangan kita. Kita perlu bekerja dengan bijak, kita berusaha membawa dia datang ke sini dan kita bersedia jika kami gagal ‘datangkan’ dia ke sini.”
Beliau masih yakin perbincangan membawa Guedes ke Valencia dalam keadaan terkawal.