MP & Silva Terus Berdepan Masalah, Kontrak Kerjasama Dengan Arsenal Ditamatkan

MP & Silva

Selepas beberapa masalah dihadapi melibatkan Scottish Professional Football League (SPFL) dan Serie A, syarikat hak media dan perniagaan sukan, MP & Silva kini berdepan satu lagi kesulitan.

Ini kerana pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal telah membuat keputusan bagi menamatkan kontrak kerjasama melibatkan syarikat berpengkalan di London itu.

Keputusan itu terpaksa dilakukan selepas Arsenal melihat masalah kewangan syarikat tersebut berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Terdapat laporan di Barat menyatakan syarikat mereka juga kini telah diserbu.

Menurut sumber Sportspro, kenyataan rasmi dari kelab yang dikenali sebagai The Gunners tersebut telah mengumumkan penamatan kerjasama itu dengan serta merta.

Arsenal turut menegaskan bahawa pihak mereka kini akan berurusan secara langsung dengan penyiar global bagi menjual hak media mereka untuk musim 2018/19.

Ia merangkumi siaran ulangan penuh bagi setiap perlawanan liga dan rancangan berkonsepkan majalah (magazine show).

Arsenal menambah bahawa perubahan dalam pendekatan itu jelas tidak akan menjejaskan pengedaran dan kewujudan mereka di pasaran antarabangsa.

Para peminat di seluruh dunia masih mempunyai akses untuk menyaksikan setiap ulangan perlawanan bersama-sama dengan Arsenal World dan 360.

Pada penghujung bulan lalu, MP & Silva dibawa ke muka pengadilan oleh pasukan-pasukan di Serie A apabila gagal melunaskan pembayaran hak berjumlah sehingga €38 juta dan awal minggu ini pula, SPFL juga telah memutuskan hubungan dengan syarikat tersebut.

Foto: arsenal.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN