Nampaknya, Pep Guardiola dan juga Jose Mourinho berterusan tidak sependapat dalam pelbagai hal.
Baru-baru ini, Guardiola telah memberikan respon mengenai komen Mourinho apabila ditanya mengenai dokumentari All Or Nothing.
Dokumentari tersebut mengisahkan mengenai kejayaan Manchester City menjulang kejayaan Premier League pada musim lalu.
Menurut laman BBC Sport, Guardiola berkata Mourinho berhak berkata apa yang beliau mahukan.
“Ia adalah pendapat Jose Mourinho sendiri.”
“Saya rasa kami menikmati musim lalu dengan kamera, dan kami lakukannya sendiri.”
Kata Guardiola lagi, apa yang dilakukan oleh Manchester City itu adalah untuk diri mereka sendiri dan juga penyokong mereka.
Mereka tidak hiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain.
“Kelab ini sedang membangun dan cuba memenangi kejuaraan. Kami lakukan untuk diri kami sendiri dan juga penyokong untuk lihat apa yang terjadi di dalam bilik persalinan.”
“Orang lain akan cakap mereka akan suka, ada yang akan cakap mereka tak suka.”
Sebelum ini Mourinho telah memberikan tamparan hebat kepada dokumentari tersebut dengan mengatakan tindakan Manchester City itu tidak menghormati pasukan lain.
“Saya rasa anda boleh ada satu filem yang menarik yang menghormati orang lain.”
“Anda tak perlu jadi seorang yang tidak menghormati pihak lain.”
Mourinho juga dikatakan mahu menuntut royalti kerana muncul dalam episod kedua filem tersebut.
Katanya, filem tersebut tak akan terjual tanpanya.
“Saya berada di dalam filem ini, jadi saya boleh minta royalti sikit.”
“Anda tahu, filem tanpa saya di dalamnya tak akan laku. Jadi saya perlu ada di dalamnya.”
All Or Nothing didedikasikan sempena musim cemerlang Manchester City menamatkan saingan Premier League dengan rekod 100 mata.
Filem dokumentari itu boleh ditonton menerusi laman Amazon Prime.