Sergio Kun Aguero, meneruskan kelegendaannya bersama Man. City dengan melakukan hatrik dalam kemenangan 6-1 The Cityzens ke atas Huddersfield.
Aguero meletakkan City 2 gol di hadapan pada minit ke-25 selepas menerima hantaran daripada Ederson. Aguero menambah gol pada minit ke-35. Gabriel Jesus menambah gol ke-3 City pada minit ke-31.
Stankovic menjaringkan gol sebelum rehat untuk Huddersfield. Pada separuh masa kedua, City menambah 3 lagi gol.
David Silva meraikan perlawanan EPL ke-250 beliau dengan gol sepakan percuma menarik pada minit ke-48.
Aguero melengkapkan hatrik pada minit ke-75. Dan tidak lama selepas itu beliau dikeluarkan dengan diiringi tepukan gemuruh.
Lebih malang untuk Huddersfield apabila Kongolo menjaringkan gol sendiri selepas tertampan bola Leroy Sane, sebelum perlawanan tamat.
🔵 @ManCity At Home Since Pep Guardiola Took Over:
4-0 vs B’mouth
5-1 vs Huddersfield
5-0 vs Palace
5-0 vs Liverpool
5-0 vs Palace
7-2 vs Stoke
3-1 vs Arsenal
4-1 vs Spurs
4-0 vs B’mouth
5-1 vs Leicester
5-0 vs Swansea
6-1 vs Huddersfield😳 Walking Through Teams. pic.twitter.com/O04XLqyv11
— SPORF (@Sporf) August 19, 2018
Manchester City menguasai 73% perlawanan ini. Mereka mencatatkan 14 percubaan tepat. Satu angka yang sangat banyak.
Kemenangan ini meletakkan Manchester City di puncak liga buat masa ini.