Korea Selatan Lantik Paulo Bento Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan

Korea Selatan telah melantik bekas pengurus Portugal, Paulo Bento sebagai Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan negara itu.

Perlantikan tersebut juga bermakna pengendali berusia 49 tahun itu akan mengendalikan Korea Selatan sehingga ke Piala Dunia 2022 yang akan diadakan di Qatar.

. (Photo by Jeff Mitchell – FIFA/FIFA via Getty Images)

Bento, dilantik menggantikan Shin Tae-yong yang tidak d

itawarkan kontrak lanjutan selepas gagal membawa Korea Selatan melepasi saingan peringkat kumpulan di Piala Dunia 2018.

Bento yang memulakan karier di dalam kejurulatihan bersama Sporting Lisbon, pernah membantu Portugal layak sehingga ke separuh akhir Euro 2012, sebelum dipecat kerana prestasi pasukan negara tersebut di Piala Dunia 2014.

Beliau turut bersedia dilantik oleh Korea Selatan selepas dipecat oleh kelab Liga Super China, Chingqing Lifan pada bulan lalu.

“Selepas menyemak pelan yang dibentangkan, kami yakin Bento adalah jurulatih yang sesuai untuk membangunkan bola sepak Korea Selatan, dan kami akan memberikan sokongan yang diperlukan di dalam tempoh masa empat tahun ini,” ujar Kim Pan-gon yang juga merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Teknikal Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).

(Photo by Dennis Grombkowski – FIFA/FIFA via Getty Images)

“Pencapaian beliau di Euro 2012 adalah baik sekali. Beliau adalah seorang profesional, berkarisma, punyai kesungguhan dan juga keyakinan,” tambah Kim lagi.

Selain Bento, beberapa nama lain yang turut dilaporkan berminat dengan jawatan membimbing Korea Selatan ialah Vahid Halilhodzic yang membimbing Algeria mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 dan Quieie Sanchez Flores, jurulatih berbangsa Sepanyol yang mempunyai pengalaman di La Liga bersama Atletico Madrid dan Valencia.

Glores turut pernah bersama Watford di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2015/16.

Perlawanan antarabangsa pertama kendalian Bento bersama Korea Selatan ialah pada 7 September hadapan dalam satu perlawanan persahabatan menentang Costa Rica.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN