Skuad Bawah 23 Tahun Negara Memiliki Mentaliti Juara

Sukan Asia

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menghamburkan pujian kepada anak buahnya kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi ketika mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan dengan jaringan 2-1.

Beliau berkata kepada Berita Harian menjelaskan kekuatan mental yang dimiliki oleh pemainnya merupakan kunci kepada kejayaan skuad negara mencipta sejarah mara ke pusingan 16 acara bola sepak Sukan Asia selepas meraih 6 mata penuh.

“Ia satu kepujian yang harus diberikan kepada semua pemain. Mereka bermain bermati-matian walaupun kita tidak bermain seperti apa yang kita inginkan.

“Tetapi keputusan serta kesungguhan para pemain tak boleh dinafikan. Ini menunjukkan kita mempunyai mentaliti yang cukup baik.

“Paling mustahak, pasukan dapat meraih keputusan cukup positif di mana kemenangan ini melayakkan kita ke pusingan seterusnya lebih awal,” katanya.

Barisan pegawai dan pemain simpanan skuad Malaysia B-23. FOTO: FAM

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Muhammad Safawi Rasid muncul wira selepas meledak dua gol untuk membantu Malaysia menamatkan kemarau kemenangan selama 44 tahun ke atas Korea Selatan di temasya sukan kedua terbesar dunia itu.

Kim Swee turut mengakui beliau menjangkakan skuad Korea Selatan akan menyerang habis-habisan di separuh masa kedua selepas pasukannya mendahului dengan jaringan 2-0.

“Kebiasaannya memang berlaku, apabila kita mendahului dan bermain dengan pasukan Korea yang mempunyai pemain bertaraf bintang dan mereka mampu untuk membuat kebangkitan.

“Namun kita kekal fokus walaupun dibolosi pada lima minit terakhir dan akhirnya kita berjaya dengan kesungguhan yang ditunjukkan pemain,” katanya.

Selepas ini Malaysia akan menentang Bahrain di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang pada hari Isnin ini bagi melengkapkan aksi terakhir di peringkat kumpulan. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk muncul sebagai juara kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN