Real Madrid dikatakan telah membuat aduan kepada FIFA terhadap Inter Milan mengenao cubaan kelab itu untuk mendapatkan pemain tengah, Luka Modric.
Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang jurucakap dari FIFA yang mengesahkan badan induk bola sepak dunia itu sudah menerima aduan rasmi dari Real.
Memandangkan jendela perpindahan di Itali telah ditutup semalam, cubaan dari Inter untuk membawa Modric ke Itali pasti tidak akan berjaya dilakukan.
Pemain tengah berusia 32 tahun itu adalah pemain gantian skuad Los Blancos dalam perlawanan UEFA Super Cup menentang Atletico Madrid pada Rabu lalu.
Namun Modric gagal menghalang Real tewas 4-2 ke atas Atletico dalam perlawanan tersebut, walaupun perlawanan diheret ke masa tambahan.
Dalam perkembangan lain, FIFA turut dikatakan telah mendenda Atletico Madrid sebanyak £40,000 beserta amaran kerana pembabitan pihak ketiga untuk mendapatkan pemain.
Pembabitan pihak bertiga bermaksud, kelab bersetuju untuk menawarkan kontrak yang membenarkan pihak ketiga tersebut memanipulasi perkara berkaitan perpindahan di kemudian hari, yang jelas melanggar peraturan badan induk bola sepak dunia itu.
Polisi FIFA selama ini melarang pemilikan atau penglibatan pihak ketiga yang menyentuh hal-hal berkaitan kewangan. Pihak ketiga boleh merujuk kepada agensi-agansi bebas berkaitan sukan, ataupun penaja untuk meraih keuntungan.
Saúl Ñíguez, Koke dan Diego Costa adalah contoh pemain yang mempunyai kaitan dengan pemilikan oleh pihak ketiga sebelum ini.