Selepas Real Madrid bertindak melaporkan cubaan Inter Milan guna pintu belakang untuk dapatkan Modric, kelab Itali tersebut membuat penafian.
Bukan rahsia lagi, Inter Milan berminat mendapatkan pemain tengah Real Madrid itu termasuk menawarkan pakej persaraan lumayan di China.
Real Madrid berkeras enggan melepaskan pemain tersebut meskipun Luka Modric menunjukkan keinginan beliau ke Inter Milan.
Pengurus Inter Milan, Luciano Spalletti dengan terbuka menyatakan beliau mengimpikan kedatangan Luka Modric ke Giuseppe Meazza.
Real Madrid mendapat tahu yang Inter Milan ada menghubungi pemain ataupun wakil pemain tersebut tanpa kebenaran mereka.
Lantas, Real Madrid mengadukan perkara itu kepada FIFA. Mereka mendakwa Inter Milan cuba melakukan ‘tapping’ ataupun guna jalan belakang.
Sebaik sahaja mendengar akan berita itu, Inter Milan membuat penafian dan menyatakan yang mereka tidak pernah berhubung secara terus dengan Luka Modric ataupun ejen pemain itu.
Ini kerana kesalahan itu sangat berat dan boleh membuatkan pasukan mereka digantung daripada bursa perpindahan.
Agak ironi kerana Florentino Perez sendiri pernah didakwa Spurs menggunakan jalan belakang untuk mendapatkan Modric daripada kelab London itu dahulu.
Florentino Perez menyatakan beliau akan berjuang bermati-matian untuk memastikan pemenang bola emas Piala Dunia 2018 itu kekal di Santiago Bernabeu.
Perez sebelum ini meminta Inter Milan membayar €725 juta klausa perlepasan Luka Modric jika mereka benar benar Mahukan pemain itu.