Malaysia baru sahaja mencipta kejutan terbesar dalam Sukan Asia kali ini.
Perlawanan ke-2 kumpulan C untuk pasukan Malaysia adalah menentang pasukan pilihan utama Korea Selatan bertempat di Stadium Jalak Harupat.
Malaysia mendahului menerusi 2 gol Safawi Rasid pada separuh masa pertama menewaskan penjaga gol Korea Selatan.
Korea Selatan hanya dapat mendapatkan gol pertama minit ke-87.
Son Heung Min kemudian mencemaskan penyokong Malaysia dengan sepakan percuma yang hampir menerjah gawang.
Ini adalah kemenangan ke-2 berturut-turut Malaysia dalam Sukan Asia 2018.
Dan kita semua tak bermimpi, kita baru sahaja menewaskan gergasi Asia, Korea Selatan.
Malaysia mara ke pusingan kalah mati.