Liga Europa 2018/19: Nasib Berbeza Dihadapi Zenit St. Petersburg & Rangers Untuk Mara ke Play-Off

Europa

Selain daripada Burnley, perlawanan kedua pusingan ketiga kelayakan Liga Europa turut dilalui Rangers dan Zenit St. Petersburg.

Kedua-dua pasukan mampu menarik nafas lega selepas berjaya melepasi cabaran masing-masing.

Hambar tetapi selesa

Rangers di bawah kendalian Steven Gerrard hanya mampu seri tanpa jaringan ketika menentang Maribor.

Tetapi, Rangers mara ke play-off kerana memiliki kelebihan pada agregat, 3-1. Kelebihan itu diraih semasa perlawanan di Ibrox minggu lepas.

Rangers perlu menang aksi di fasa play-off bertemu FC Ufa (Rusia) untuk beraksi di peringkat kumpulan Liga Europa.

Zenit bangkit

Ketika anak buah Gerrard selesa dengan keputusan pada perlawanan pertama, wakil dari Rusia ini pula berhempas pulas untuk kembali bangkit bagi menghidupkan sisa perjuangan mereka.

Kelab terkenal Rusia itu bertemu dalam Dinamo Minsk dari Belarus pada perlawanan pusingan ketiga kelayakan ini.

Minggu lalu, Dinamo Minsk menewaskan Zenit dengan 4 gol tanpa balas. Tetapi, aksi awal pagi tadi telah mengejutkan ramai pihak.

Zenit berjaya merapatkan kedudukan agregat pada perlawanan kedua di St Petersburg. Mereka mengikat Dinamo menerusi agregat 4-4 hingga tamat masa sebenar.

Masuk sahaja masa tambahan, Dinamo mendahului agregat dengan gol pada minit ke-99. Pemain Zenit tidak mengalah lantas membalas dengan memberikan 4 gol untuk pasukan mereka.

Artem Dzyuba menjaringkan hatrik sepanjang perlawanan ini. Hatrik ini membantu mereka menewaskan Dinamo melalui agregat 8-1.

Menanti Zenit di pusingan berikutnya adalah wakil dari Norway, Molde FK.

Zenit St. Petersburg pernah merangkul kejuaraan Liga Europa pada sedekad lalu. Pada ketika itu, ia dikenali sebagai Piala UEFA.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN