Dalam beberapa musim kebelakangan ini, Chelsea sentiasa menjadi kelab yang menghantar berpuluh dan berbelas pemain keluar setiap kali jendela perpindahan.
Dengan pengesahan Bakayoko ke AC Milan, ia menjadikan angka pemain yang dipinjamkan Chelsea keluar buat masa ini adalah 29 orang.
Jendela perpindahan Eropah selain England masih terbuka dan tidak mustahil angka itu akan bertambah.
Kurt Zouma, Kenedy dan Thomas Kalas menyertai kelab EPL dan ada larangan bermain berhadapan kelab pemilik dalam perlawanan liga.
Pemain muda mereka Nathan menyertai Atletico Mineiro, Mario Pasalic ke Atlanta dan Lewis Baker menyertai Marcelo Bielsa di Leeds.
Beberapa pemain masih lagi dalam senarai berpotensi akan dipinjamkan keluar terutama sekali Ruben Loftus Cheek yang mungkin akan meminta dipinjamkan keluar untuk mendapatkan lebih minit.
Ini kerana beliau kini beliau mahu bermain untuk pasukan kebangsaan England. Ini adalah senarai penuh pemain dipinjamkan keluar oleh Chelsea setakat ini:
Nathan Baxter – Yeovil Town,
Eduardo – Vitesse,
Jamal Blackman – Leeds United,
Baba Rahman – FC Schalke 04,
Jake Clarke-Salter – Yeovil Town,
Michael Hector – HUll City,
Thomas Kalas – Fulham,
Todd Kane – Hull City,
Matt Miazga – Nantes,
Kurt Zouma – Everton,
Kenneth Omeruo – Kasımpaşa,
Trevoh Chalobah – Ipswich Town,
Dujon Sterling – Coventry City,
Reece James – Wigan Athletic,
Jay DaSilva – Bristol City,
Lewis Baker – Leeds,
Bekanty Victorien Angban – Metz,
Kenedy – Newcastle United,
Nathan – Atletico Mineiro,
Josimar Quintero – Lleida Esportiu,
Danilo Pantic – Partizan Belgrade,
Mario Pasalic – Atlanta,
Ruben Sammut – Falkirk,
Charlie Colkett – Shrewsbury,
Jacob Maddox – Cheltenham Town,
Kasey Palmer – Blackburn Rovers,
Kyle Scott – Telstar,
Mason Mount – Derby Country,
Beberapa pemain seperti Drinkwater, Musonda juga dikatakan dalam pertimbangan untuk dijual ataupun untuk dipinjam dengan opsyen pembelian tetap.
Ramai peminat Chelsea kecewa dengan cara Chelsea mengendalikan pemain ini. Mereka berpendapat, kelab harus lebih berani untuk menjual beberapa pemain daripada disimpan terlalu lama dan dipinjamkan berkali-kali.
Ataupun kelab harus lebih baik dalam membangunkan bakat-bakat muda ini. Sebelum ini mereka melepaskan pemain De Bruyne, Mo Salah, dan Lukaku ke kelab lain secara pinjaman dan menjual mereka.