Sukan Asia 2018: Datuk Ong Kim Swee Sasar Layak Ke Suku Akhir

Malaysia bakal memulakan saingan acara bola sepak di Sukan Asia 2018 yang dilangsungkan di Jakarta dan juga Palembang.

Sehubungan dengan itu, jurulatih skuad B-23 Malaysia iaitu Datuk Ong Kim Swee telah mensasarkan untuk skuad negara untuk mara ke peringkat suku akhir dalam acara ini.

Menurut laporan The Star, Kim Swee berkata pasukannya tidak akan mengambil enteng setiap cabaran yang bakal dihadapi pasukan negara dalam temasya ini.

“Kami mahu menang semua perlawanan dalam kumpulan ini.”

“Saya tidak mahu pasukan kita hanya memperoleh mata sahaja dari perlawanan peringkat kumpulan.”

Datuk Ong Kim Swee. Foto: Utusan.

Skuad negara akan memulakan saingan dengan menentang Kyrgyzstan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Bandung.

Menurut Kim Swee, beliau tidak mahu pasukannya memandang rendah keupayaan lawan kerana Kyrgyzstan adalah pasukan yang dibarisi oleh pemain yang beraksi di saingan liga yang kompetitif.

“Kita tak boleh memandang rendah pasukan Kyrgyzstan ini kerana mereka punya pemain yang beraksi di saingan liga yang kompetitif.”

Tambah Kim Swee lagi, pasukan seperti Kyrgyzstan ini mempunyai pemain yang cukup baik dari segi teknik bola sepak mereka.

“Kyrgyzstan ini sama seperti dengan Uzbekistan kerana para pemain mereka mempunyai tahap teknik yang cukup baik.”

“Mereka juga mempunyai kualiti yang cukup baik dalam skuad mereka.”

Aksi menentang Kyrgyzstan ini akan bermula pada jam 4.30 petang waktu Malaysia.

Siara langsung perlawanan ini akan disiarkan di Astro.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN