Awal hari ini, Facebook telah mengumumkan mereka akan menyiarkan siaran langsung perlawanan La Liga. Menurut Mirror, sebanyak 380 perlawanan siaran langsung akan disiarkan melalui Facebook.
Facebook dan La Liga telah bersetuju untuk menandatangani kontrak berkaitan siaran langsung tersebut. Dan, difahamkan siaran langsung ini akan bermula pada musim ini.
3 musim
La Liga musim ini akan bermula pada Jumaat ini. Malah, siaran langsung ini akan disiarkan di laman sosial terkemuka dunia itu selama 3 musim.
Nampaknya, akan ada peningkatan peminat La Liga di dunia!
Sebelum ini, Facebook diberitakan bersaing dengan Sony untuk menjadi penyiar rasmi La Liga. Sony telah menawarkan nilai sebanyak 32 juta Dolar Amerika untuk mendapatkan hak penyiaran liga Sepanyol tersebut.
Pegawai La Liga menyebutkan bahawa mereka gembira dengan penyiaran secara percuma di Facebook itu.
Rantau terlibat
Tetapi, sebenarnya siaran langsung La Liga ini hanya terlibat di sekitar rantau Asia Selatan sahaja. Ya, India merupakan antara negara yang bakal menikmati siaran langsung percuma tersebut.
Selain itu, peminat La Liga di Afghanistan, Pakistan, Maldives dan Sri Lanka turut dapat menonton perlawanan kejohanan liga terkemuka Sepanyol itu.
Begitu juga dengan penduduk Bhutan, Nepal dan Bangladesh.
Facebook akan menggunakan sistem yang mengelakkan ‘streaming’ itu bocor kepada penonton yang berada di luar negara disebutkan di atas. Ini bermakna, pengguna Facebook di Malaysia bakal tidak menikmati aksi percuma ini.