Anak muda Malaysia yang berkelana di tanah Inggeris, Muhammad Aris Bin Mohd Asri dikhabarkan akan menjalani sesi percubaan bagi menyertai skuad Bawah-23 (B-23) Cardiff City pada minggu ini.
Perkembangan tersebut telah disahkan oleh Cardiff City Malaysia Official Supporters Club dan juga laporan yang dikeluarkan The Star Online.
Peluang buat pemain muda berusia 18 tahun itu bagi menguji nasib di kelab yang kini sedang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris itu adalah salah satu usaha yang dirintis pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan.
We have coached Aris for 3 weeks now. He has had some brutal fitness sessions but has come through them and is now fit, strong and physically ready!
Aris goes to Cardiff City on Tuesday to start his trial..
All the best Aris and go and show them how good you are!! ⚽️🙌🏽 pic.twitter.com/tFTh3f100S— Canovillle Coaching Ltd (@canovillecoach) August 12, 2018
”Saya mahu membantu lebih ramai rakyat Malaysia, tetapi masalahnya adalah ranking dunia kita (Malaysia) tidak berada di tangga 50 teratas.”
”Itu merupakan syarat kelayakan bagi pemain profesional untuk memperolehi visa bekerja di sini.”
Ketika ini ranking skuad bola sepak negara adalah di tangga ke-171 dunia. Ternyata ia terlalu jauh untuk menjangkau tangga 50 teratas dunia.
Great to represent Aris Asri.. MASSIVE OPPORTUNITY in at Cardiff City next week… 👏🏾👏🏾🙏🏾. Great support in getting Aris ready from @canovillecoach & Draper/Norton Academy. 👊🏾 pic.twitter.com/WCy2w02vvK
— Stuart Coke (@StuartCoke) August 11, 2018
”Negara kita memerlukan banyak kerja untuk dilakukan. Saya bersedia untuk bekerjasama dengan Menteri Belia Dan Sukan yang baharu dan FAM untuk melihat bagaimana cara untuk meningkatkan kualiti (bola sepak) kita.”
”Ia memalukan kerana hanya bola sepak satu-satunya sukan di Malaysia yang dapat memenuhi 80,000 kapasiti stadium,” jelas Vincent lagi.
Ketika di Malaysia, Aris beraksi buat pasukan Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS) manakala di United Kingdom, anak muda yang tinggal bersama ibunya di Reading itu bermain untuk John Madejski Academy dan baru sahaja menamatkan A-Level.
Info yang diperolehi selepas artikel ini diterbitkan, Aris ketika dihubungi wakil SemuanyaBOLA menjelaskan bahawa beliau telah melalui sesi pertama percubaan di Cardiff City.
Kredit foto: Cardiff City Malaysia Official Supporters Club