Marc-Andre ter Stegen menyelamatkan penalti di minit akhir perlawanan untuk Barcelona menewaskan Sevilla 2-1 dalam perlawanan Supercopa Sepanyol pada awal pagi tadi.
Pablo Sarabia meletakkan Sevilla di hadapan selepas gol tersebut terlebih dahulu dinafikan pengadil kerana offside.
Namun selepas semakan menggunakan VAR, gol tersebut diberikan kepada Sevilla.
Selepas itu, Barcelona memerlukan Gerard Pique untuk menjaringkan gol penyamaan dari jarak dekat, sebelum Ousmane Dembele meletakkan Barca di hadapan.
Sevilla diberikan sepakan penalti di minit akhir perlawanan selepas Ter Stegen dipersalahkan kerana menjatuhkan Aleix Vidal.
Namun Ter Stegen mudah menyelamatkan sepakan yang diambil oleh Wissam Ben Yedder selepas itu.
Barcelona beraksi di dalam sembilan dari sepuluh perlawanan terakhir Supercopa Sepanyol. Tetapi ini adalah pertama kami ianya diadakan menggunakan format satu pusingan dan diadakan di negara luar.
Sevilla yang dibimbing oleh pengurus baru, Pablo Machin menampilkan corak permainan menarik untuk memberi tentangan kepada skuad kendalian Ernesto Valverde sepanjang perlawanan.
Kejayaan menjulang Supercopa Sepanyol ini bermakna ia adalah kejuaraan pertama Lionel Messi sebagai kapten pasukan.
Trofi kejuaraan ini juga bermakna Messi telah merangkul 33 trofi sepanjang tempoh karier profesional bersama gergasi Catalan itu.
Ia sekaligus menjadikan Messi sebagai pemain paling berjaya dalam sejarah Barcelona.
Anda boleh saksikan highlight perlawanan dan gol cantik Ousmane Dembele melalui pautan di bawah: