Sevilla mengancam untuk melakukan boikot terhadap perlawanan Supercopa Sepanyol dengan menarik diri sebagai tanda protes terhadap Barcelona yang dibenar menggunakan lebih dari tiga pemain bukan dari kesatuan eropah (EU) untuk perlawanan tersebut.
Pada Sabtu lalu, Persatuan Bola Sepak Sepanyol (REEF) berkata tiada sekatan untuk jumlah pemain dari EU khusus untuk Supercopa kerana kategori perlawanan itu yang disifatkan sebagai bukan ‘perlawanan profesional.’
Sevilla FC is surprised by the RFEF’s statement 24 hours before the Super Cup. It has stated that as many non-EU players as desired can be registered, despite the fact that in their last notice for the 18/19 season, only three were due to be permitted, without exception.
— Sevilla FC (@SevillaFC_ENG) August 11, 2018
Peraturan La Liga hanya membenarkan tiga pemain luar EU dibenarkan untuk setiap perlawanan.
Supercopa sepatutnya mengikuti peraturan perlawanan yang sama, dan Sevilla berkata mereka bersedia membantah sekiranya Barcelona berbuat demikian.
Perlawanan Supercopa diadakan secara tahunan di antara juara La Liga dan pemenang Copa del Rey. Disebabkan Barcelona menjuarai kejuaraan berganda musim lalu, kelayakkan untuk satu lagi pasukan Super Cup diberikan kepada naib juara Copa del Rey, iaitu Sevilla.
Perlawanan tersebut akan diadakan di Tangier, Morocco dan buat pertama kali diadakan secara satu pusingan tanpa perlawanan timbal balik.
The Club’s legal department is studying the matter and should FC Barcelona submit a team with more than three non-EU players, it would present possible ground for the filing of a complaint on account of an improper line-up.
— Sevilla FC (@SevillaFC_ENG) August 11, 2018
Dalam satu kenyataan oleh Sevilla, kelab tersebut berkata:
“Sevilla FC terkejut dengan tindakan RFEF yang mengeluarkan kenyataan sebegini hanya 24 jam sebelum perlawanan Supercopa.”
“RFEF tidak menghadkan jumlah pemain bukan EU. Notis terakhir mereka untuk musim 2018/19, hanya tiga pemain bukan EU dibenarkan tanpa sebarang pengecualian.”
“Oleh itu, pasukan perundangan kelab sedang mengkaji perkara ini dan sekiranya Barcelona menyenaraikan lebih dari 3 pemain bukan dari EU, besar kemungkinan penarikan diri akan berlaku sebagai bantahan.”
Arturo Vidal, Malcom dan Arthur dijangka akan mengisi slot tiga pemain bukan EU untuk Barcelona. Gergasi Catalan itu dikatakan turut membawa pemain pertahanan, Marlon bersama ke Monaco.
Manakala bintang Brazil, Philippe Coutinho dilaporkan telah memperolehi kerakyatan Portugal melalui isterinya beberapa hari yang lalu, dan Luiz suarez serta Lionel Messi sudah pun mempunyai kerakyatan negara EU sejak sekian lama.
Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde turut meluahkan perasaan kurang gembira dengan perubahan tersebut.
“Untuk Supercopa dikategorikan sebagai perlawanan ‘bukan profesional’, saya tidak tahu apa yang saya harus beritahu anda.”
“Saya berpendapat Sevilla sangat profesional. Begitu juga Barcelona dalam hal ini. Selepas segala masalah yang dialami oleh semua pihak berkenaan hal ini, mereka sepatutnya menjelaskan hal ini lebih awal,” jelas Valverde.