Manchester United menang bergaya 2-1 ke atas Leicester dalam perlawanan pertama mereka di Old Trafford.
United turun dengan kesebelasan kedua mereka selepas beberapa pemain cedera dan pemain yang terlibat dalam Piala Dunia baru sahaja kembali.
United bermain lebih defensif
Man United menjadi pasukan yang lebih pasif dan defensif dalam perlawanan ini.
Gol seawal minit ke-2 menerusi sepakan penalti membuatkan Mourinho mengarahkan pasukan beliau untuk melindungi gol pendahuluan mereka.
Mourinho memang dikenali dengan reputasi yang sangat baik dalam mempertahankan gol pendahuluan walaupun untuk masa yang panjang.
Man. United turun ke bawah dengan 8-9 pemain di belakang bola. Mereka tetap diancam oleh Leicester yang mencipta beberapa peluang gol dalam perlawanan ini, namun aksi Bailly dan De Gea sangat baik secara individu.
Andreas Pereira juga bermain baik di tengah. Fred turut diarahkan bermain lebih defensif dalam perlawanan ini. Fred kelihatan masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan ini.
Namun transisi ini terpaksa disegerakan kerana kecederaan pemain utama yang lain.
Manchester United menyerang menerusi sayap kiri
Pelan serangan mereka jelas sekali dari bahagian kiri. Mereka akan cepat-cepat memunggah bola ke kiri ketika fasa serangan balas.
Sanchez akan berada di half-space untuk merancang permainan dari zon tersebut.
Masalah ketara Man. United adalah Alexis Sanchez dan Marcus Rashford yang terlalu mudah kehilangan bola dan gagal lebih tajam di zon serangan.
Mourinho terpaksa memasukkan Lukaku yang baru kembali ke dalam pasukan kerana isu kritikal ini.
Alexis Sanchez menjadi pemain paling banyak hilang bola dalam satu perlawanan, memecahkan rekod yang dicipta beliau sendiri pada musim lalu.
Beliau harus bangkit cepat daripada prestasi semasa beliau.
Alexis Sánchez lost possession more times (23) than any other Man Utd player against Leicester.
Even José Mourinho was getting angry. 😳 pic.twitter.com/dOtjAftD9e
— Squawka (@Squawka) August 10, 2018
Leicester tumpul di hadapan gol
Mereka bermain baik dalam perlawanan ini. Mereka lebih ofensif dan melaburkan ramai pemain ketika menyerang.
Masalah mereka adalah ruang besar di belakang ketika menyerang kerana posisi antara pemain pertahanan yang agak jauh.
Namun Man. United tidak segera memecahkan ruang itu kerana pasukan Jose Mourinho itu turun terlalu ke bawah terutama sekali pada separuh masa kedua.
Masalah utama Leicester adalah ketajaman di hadapan gol. Mereka memiliki penguasaan bola dan jumlah percubaan ke arah gol lebih banyak namun mencatatkan percubaan tepat yang lebih rendah daripada Man. United.
Rumusan
Secara rumusannya, ini adalah perlawanan yang menggembirakan penyokong Man. United kerana 3 mata. Oleh sebab itu sangat penting untuk mereka klinikal apabila ada peluang dan mereka melakukannya.
Man. United ada isu hilang bola yang agak kritikal. Seterusnya, mereka sukar untuk membunuh perlawanan ini. Mujurlah Luke Shaw dapat mengejar bola yang agak ‘lari’ selepas sentuhan pertama beliau.
Leicester harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana kualiti penyudah yang tumpul dalam bebeapa peluang yang mereka cipta.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Eric Bailly (Man. United)
Beliau menjadi pemimpin di pertahanan. Beberapa kali menyuruh rakan-rakannya ‘bangun’. Dengan perlindungan daripada tengah yang kerap bocor, Bailly melakukan beberapa hadangan dan pintasan penting.
https://twitter.com/MaarUtd/status/1028199604100231168