Hanya satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada awal pagi tadi. Dan sudah tentu penyokong Manchester United boleh menarik nafas lega.
Kapten pasukan, Paul Pogba menjaringkan gol pertama Manchester United pada musim ini untuk membantu Red Devils menewaskan Leicester City.
United melalui tempoh musim panas yang mengecewakan selepas gagal membawa masuk pemain pertahanan tengah. Wajah pengurus, Mourinho juga sentiasa tegang seperti mana yang digambarkan media sejak beberapa hari yang lalu.
Namun ia tidak menghalang mereka dari melakukan permulaan yang baik dalam perlawanan yang diadakan di Old Trafford ini.
Manchester United memperolehi sepakan penalti seawal minit ke-2 selepas Daniel Amartey dipersalahkan kerana bola terkena tangan.
Pemain tengan Perancis, Pogba kemudiannya mudah menewaskan Kasper Schmeichel untuk United mendahului 1-0.
Pogba yang merupakan juara Piala Dunia bersama Perancis sebenarnya tidak dijangka akan beraksi dalam perlawanan ini, selepas hanya kembali dari bercuti pada Isnin lalu.
Bek kiri, Luke Shaw kemudian menjaringkan gol pertama beliau sejak bergelar pemain profesional, selepas menerima hantaran lambung dari Juan Mata untuk Manchester United selesa 2-0 di hadapan pada minit ke-83 perlawanan.
Penyerang England, Jamie Vardy menjaringkan gol sagu hati buat pasukan pelawat di masa kecederaan, selepas bola lintang Ricardo Perreira terlebih dahulu terkena tiang.
The Fox tampil lebih berbahaya pada babak pertama perlawanan selepas cuba mengejar defisit gol awal selepas penalti Pogba.
Tampil buat pertama kali untuk Leicester, James Maddison dan Ricardo memaksa David de Gea untuk menyelamatkan percubaan masing-masing.
Babak kedua lebih seimbang, dan turut menyaksikan Romelu Lukaku terlepas peluang terbaik untuk menjaringkan gol, selepas percubaan beliau ditampan keluar oleh Schmeichel.
Bagi yang terlepas perlawanan tersebut, kami kongsikan highlight melalui pautan di bawah:
Man United vs Leicester City 2-1 All Goals & Highlights from Ahmad Muzammil on Vimeo.