Chelsea dilaporkan sedang berada di peringkat akhir rundingan untuk mendapatkan Kepa Arrizabalaga dari Atetico Bilbao dengan rekod perpindahan dunia untuk penjaga gol, dianggarkan sekitar £71 juta.
Penjaga gol berusia 23 tahun itu menjadi buruan The Blues selepas Thibaut Courtois dikatakan tidak lagi berminat untuk meneruskan karier beliau bersama kelab di Stamford Bridge itu.
Urusniaga membabitkan Arrizabalaga dikatakan akan melepasi nilai yang dibayar oleh Liverpool untuk mendapatkan Alisson dari Roma pada Julai lalu.
Sebelum itu, Courtois yang juga merupakan penjaga gol antarabangsa Belgium turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri ketika ditanya mengenai prospek Kepa Arrizabalaga untuk menyertai Chelsea selepas perlawanan persahabatan menentang Lyon pada malam tadi berkata:
“Saya menyaksikan aksi beliau setahun yang lalu. Pandangan pertama saya menyatakan beliau adalah seorang penjaga gol muda yang hebat. Sangat muda, tetapi ia bagus untuk dirinya.”
Jika Chelsea berjaya mencapai persetujuan dengan Atletico Bilbao untuk Kepa Arrizabalaga ke London, maka nilai perpindahan untuk penjaga gol itu akan melepasi nilai yang dibayar oleh Chelsea untuk Alvaro Morata berjumlah £58 juta pada musim panas lalu.
Kepa Arrizabalaga telah beraksi bersama skuad utama Atletico Bilbao sejak dua musim yang lalu, dan telah tampil sebanyak 53 kali untuk pasukan dari La Liga itu.