Stan Kroenke kini dalam proses untuk menjadi pemegang penuh saham kelab Arsenal. Penyokong Arsenal menganggap berita ini dianggap berita ngeri dalam sejarah Arsenal.
Menurut Arsenal Supporting Trust (AST), jika pemilikan penuh itu menjadi kenyataan, Kroenke akan mengawal sepenuhnya kelab tersebut.
Stan Kroenke mahu jadi Roman Abramovich di Arsenal
Stan Kroenke menerusi Kroenke Sports and Entertainment (KSE) telah memaklumkan Bursa Saham London pada Selesa lalu akan hasratnya untuk membeli 30% kepentingan Alisher Usmanov di Arsenal.
Kroenke (gambar) sedia membayar £1.8 billion untuk pengambilalihan tersebut. KSE buat masa ini memiliki pegangan saham sebanyak 67% dalam Arsenal.
Stan Kroenke menyatakan langkah pemilikan tunggal (persendirian) itu akan membantu kelab Arsenal beroperasi lebih baik selepas ini.
Kenapa penyokong Arsenal anggap ia berita ngeri?
Kroenke dikatakan mahu membeli juga saham yang dimiliki oleh penyokong dalam kelab tersebut. Ini yang membuatkan AST protes.
Legenda Arsenal, Ian Wright faham akan protes oleh AST. Beliau menaikkan tweet dengan menyatakan:
“Hari yang sangat sedih untuk ramai peminat seperti kita apabila pemengang saham peminat tidak lagi menjadi sebahagian daripada pemilikan kelab.”
“Bayangkan, ini bukan semata-mata tentang wang, tetapi tentanga kelab, komuniti dan penyokong. Semua keghairahan kita menyaksikan Unai seakan-akan sia-sia.”
https://twitter.com/IanWright0/status/1026759829602353152
AST dalam kenyataan mereka pula menyatakan:
“Berita ini menandakan hari yang mengerikan untuk kelab Arsenal.”
“Stan Kroenke mengambil alih kelab ini secara persendirian dan akan menyaksikan berakhirnya era penyokong ada hak pemilikan dalam kelab dan tidak lagi menjunjung nilai pemilikan kelab.”
“Dengan pemilikan persendirian, Stan Kroenke akan berhak untuk melaksanakan beberapa perkara berikut: membayar yuran pengurusan dan dividen tanpa perlu merujuk kepada pihak lain, boleh tidak akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), menyingkirkan pengarah bebas, berhutang atas nama Arsenal untuk menyokong perniagaan beliau yang lain.”
“AST sangat yakin yang usaha pemilikan ini menggunakan dana pinjaman.”
“Perkara yang paling mengerikan dalam pengumuman ini adalah adalah Kroenke mahu mendesak agar saham oleh penyokong juga dibelinya.”
“Ramai pemegang saham ini dari kalangan ahli AST, dan mereka membeli saham di situ bukan kerana nilai saham itu tetapi mereka mahu menjadi ‘penjaga’ tanda sayang kepada kelab.”
“AST dengan ini menentang sepenuhnya pemilkan (Kroenke) ini. Arsenal masih terlalu penting untuk dimiliki seorang individu sahaja.”
Kroenke memang sudah lama dibenci di Arsenal kerana beliau lebih mengutamakan kepentingan perniagaan daripada kejayaan kelab.