Jurgen Klopp Puas Hati Dengan Barisan Pertahanan Liverpool

Adakah masalah di barisan pertahanan Liverpool sudah berakhir?

Perkara itu masih lagi terlalu awal untuk dikatakan kerana musim belum lagi bermula.

Namun melihat kepada aksi cemerlang Liverpool ketika pra-musim, segalanya tampak sudah mula semakin baik di bahagian pertahanan.

Menurut laporan Sky Sports, pengurus Liverpool iaitu Jurgen Klopp dilihat berpuas hati dengan barisan pertahanan beliau ketika ini.

Beliau gembira melihat persembahan yang ditunjukkan oleh barisan pertahanan beliau ketika perlawanan persahabatan menentang Torino semalam.

Jurgen Klopp

Dalam perlawanan tersebut, hanya Virgil Van Dijk dari kalangan pertahanan senior Liverpool yang beraksi.

Beliau digandingkan bersama-sama pertahanan remaja Nathaniel Philips dalam pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Fabinho dan juga Marko Grujic diletakkan di bahagian pertahanan tengah.

Tindakan Klopp itu dilakukan selepas Joe Gomez, Ragnar Klavan dan juga Joel Matip semuanya mempunyai kecederaan.

Namun Klopp jelas berpuas hati melihat persembahan pasukannya yang menang 3-1.

“Saya rasa Joe Gomez baik-baik saja. Tiada yang serius tetapi beliau tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini kerana beliau akan beraksi pada Sabtu.”

“Bagi Ragnar Klavan dan juga Joel Matip, mereka belum lagi cergas sepenuhnya untuk perlawanan hujung minggu ini dan kami tidak perlu 12 pertahanan tengah.”

Satu lagi pertahanan tengah Liverpool iaitu Dejan Lovren sudah kembali menyertai latihan Liverpool dari cuti Piala Dunia.

Namun beliau belum lagi diturunkan oleh Klopp dalam mana-mana perlawanan.

Liverpool akan memulakan kempen Premier League mereka musim ini dengan menentang West Ham United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN