Bosan Dengan Pengurusan Persib Bandung, Mario Gomez Mahu Kembali Ke Malaysia

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez difahamkan sedang menimbangkan hasrat untuk kembali ke Liga Malaysia setelah mendapat tawaran daripada sebuah pasukan Liga Super.

Menurut laporan daripada portal bolasepak Indonesia Bolalob, Mario Gomez mengakui bosan dengan sikap pengurusan kelab yang dilatih olehnya, Persib Bandung yang dilihat tidak menghargai prestasi kerjanya.

Oleh sebab itu, timbul rasa tawar hati dan beliau kemungkinan akan meninggalkan kelab tersebut dan kembali ke Malaysia jika pengurusan kelab ‘Maung Bandung’ itu tidak menaikkan gajinya.

Difahamkan, Gomez akan bertolak ke Malaysia untuk berbincang dengan salah satu kelab Liga Super selepas saingan Liga Indonesia direhatkan seketika untuk memberi laluan kepada temasya Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung minggu hadapan.

Mario gomez ketika diperkenalkan sebagai jurulatih baharu Persib Bandung.

“Setelah melawan Mitra Kukar, kami ada waktu cuti, mungkin saya akan pergi ke Malaysia untuk bertemu pengurusan pasukan disana. Saya menghargai kontrak bersama Persib dan mahu melanjutkan kontrak kerja di sini, tapi kalau pihak pengurusan sendiri tidak sambung kontrak, saya akan pergi.

“Jika pihak pengurusan ingin menaikan gaji dan kontrak saya mungkin disambung satu tahun, dua tahun, atau tiga tahun,” katanya seperti dipetik dalam tribunnews.

Mario Gomez ketika membimbing JDT dalam saingan AFC Cup – Kredit gambar : asiana.my

Mario Gomez kini sudah tujuh bulan membimbing Persib Bandung dan permintaannya untuk naikkan gaji agak munasabah jika dilihat pada bilangan penaja, penjualan tiket yang laris dan hak siaran televisyen.

“Kelmarin stadium penuh, penaja banyak dan tayangan televisyen, pihak pengurusan dapat menjana banyak wang, tapi mereka membayar saya dan pemain dengan gaji yang sangat sedikit, bonus juga kecil untuk kita dan pemain,” katanya.

Walaubagaimanapun, Gomez mengakui berat hati untuk meninggalkan Persib Bandung kerana sokongan padu  yang diberikan oleh para penyokongnya.

“Kami sebenarnya tidak mahu pindah, kami suka di sini, saya suka Indonesia, suka Bandung dan cinta sama bobotoh (penyokong persib), tetapi kalau gaji kecil, bonus kecil dan kemudahan latihan pun tidak ada, mungkin kami akan pergi,” tegasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN